Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 18, 2021 @ 7:35pm

“Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan – Bukan Pada Saya, Saya Sedih”.. – Ebit Lew

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok yang memaparkan luahan rasa Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Ustaz Ebit Lew dilihat meluahkan kekesalan beliau terhadap segala kata-kata yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadapnya.

“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.

“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih,” ujarnya.

Malah, Ustaz Ebit Lew turut meluahkan perasaan sedih apabila terdapat segelintir pihak yang menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya.

Walaupun menerima pelbagai cemuhan dan kecaman, Ebit Lew mengatakan beliau tidak pernah merasa takut dengan sesiapa pun.

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.

“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” luahnya dalam video berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Jan 2019

Rekod nama terpanjang dipegang kanak-kanak tempatan kini milik bayi Indonesia

Panjang nama bayi yang dilahirkan pada 6 Januari lalu adalah 18 patah perkataan!

Events Fri, 21 Oct 2022

‘Bicara Jiwa’ Jadi Langkah Mula Aswan Anwar Dalam Bidang Nyanyian

Nama anak kelahiran Sabah, Aswan Anwar mungkin jarang kedengaran di dalam arena arus perdana industri muzik Malaysia, namun bakat semulajadi yang dimilikinya wajar diberikan perhatian. Kini, Aswan hadir dengan single terbaharunya berjudul Bicara Jiwa yang […]

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Jho Low Hadiahkan Kim Kardashian Ferrari RM1.3 Juta

Jho Low Hadiahkan Kim Kardashian Ferrari RM1.3 Juta

Trending Wed, 27 Jun 2018

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri? Kisah Gadis Ini Bakal Buat Korang Nak Berterus-Terang Hari Ini

Kuat ya dik! Gadis manis ini tidak mampu luahkan semuanya, hanya doa yang mampu dihadiahkan buat Allahyarham Khasrul Haizal Mohd Yusof, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau…

Featured Fri, 9 Jun 2023

“Pelakon Remaja Selalunya Akan Fikir Nak Bersaing” – Puteri Balqis

‘Kalau Bekerja ok, saya akan ok dengan mereka’ – Puteri Balqis

Hiburan Thu, 26 Jun 2025
Selebriti Tue, 3 Oct 2023
error: Content is protected !!