Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 31, 2021 @ 2:31pm

SiTik Tok Raih 3 Juta Tontonan!

Drama bersiri slot Samarinda TV3, SiTik Tok yang baharu disiarkan minggu lalu telah berjaya mencapai 3 juta penonton dalam episod tiga yang disiarkan pada 27 Julai pada pukul 10 malam yang lalu (sumber: Nielsen).

Drama arahan sutradara muda, Joon Goh ini pastinya telah berjaya mencuit jutaan penonton.

Tambahan pula dengan gandingan pelakon kian meningkat naik seperti Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Acong Sweetchild, Kahoe Hon, Zamaera dan ramai lagi membuatkan penonton terhibur!

“Bila dalam situasi pandemik ini, kami nak penonton sentiasa ceria, seronok dan rileks. Drama SiTik Tok yang disiarkan sejak minggu lalu berjaya menambat hati 3 juta penonton dalam episod tiga.

“Ini adalah satu kejayaan besar buat pengarah dan juga barisan pelakon yang membintangi drama ini. Drama komedi ini sememang sesuai untuk hiburan seisi keluarga dan dapat hilangkan tekanan apabila penat seharian bekerja mahupun belajar atas talian.

“Nantikan pelbagai genre drama menarik yang bakal menyusul tidak lama lagi,” kata Nini Yusof selalu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Media Prima Berhad.

Drama komedi ini membuatkan penonton tak kering gusi melihat gelagat Siti yang nekad untuk menjadi influencer.

Episod sebelum ini telah menyaksikan Siti (Scha Elinnea) yang merupakan seorang gadis ceria yang tinggal di kampung berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi influencer.

Minatnya yang mendalam terhadap Tik Tok membuatkannya nekad untuk lakukan apa sahaja untuk mencari pengalaman. Jaja yang merupakan sepupunya tidak menyenangi kehadiran Siti. Mungkin juga dia rasakan Siti adalah saingannya!

Chuchox, seorang artis rock kapak tertarik dengan populariti Siti dan menawar untuk bekerjasama dengannya. Siti cuba bantu menaikkan menambahkan pengikut instagram Chuchox dan minta bantuan Shon untuk mengambil gambar-gambar menarik.

Shon tidak mengenakan bayaran tetapi mengenakan syarat iaitu Siti perlu keluar temujanji dengannya. Adakah Shon telah menaruh hati pada Siti? Apakah keseraian yang bakal tercipta antara Siti dengan Shon, seorang jurufoto yang anti media sosial?

Jangan lupa temujanji anda dengan SiTik Tok pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 – 10.30 malam di TV3 dan perkhidmatan penstriman WeTV selepas satu jam tayangan. Penonton juga boleh langgani WeTV untuk mengikuti drama-drama dan filem-filem menarik secara strim di laman web WeTV, wetv.vip atau di aplikasinya yang boleh didapati di App Store atau Google Play Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Oct 2018

Tiada Lagi Operasi Khalwat Lepas Ini? Menteri Minta Tunggu Isnin Untuk Pencerahan

Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen. Sabar ya semua!

Trending Thu, 15 Nov 2018

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Rio, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Hiburan Sun, 2 Oct 2022
error: Content is protected !!