Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 1, 2021 @ 2:43pm

ICSYVMY4 Bakal Melabuhkan Tirai Malam Ini, Boleh Ke Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar?

Tiga minggu berturut-turut, artis jemputan I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka untuk mengenal pasti penyanyi sebenar.

Namun begitu, pada episod minggu lalu, Alif Satar yang bertukar peranannya sebagai artis jemputan telah berjaya berduet dengan penyanyi sebenar di pusingan akhir!

Selepas 11 minggu bersiaran, ICSYVMY4 diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan bakal melabuhkan tirainya mala mini, 1 Ogos 2021, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3 dan strim live di www.tonton.com.my

Pada hari Ahad yang lepas, Alif Satar & The Locos membuka tirai episod 11 dengan lagu ‘Anugerah Terindah’. Yakin dengan pengalaman beliau sebagai ahli panel penyiasat, Alif Satar yang hadir bersama dengan The Locos memulakan tugas mereka dengan tenang dan santai.

Dari awal program, Alif Satar & The Locos telah mengecam penyanyi misteri nombor 3 sebagai penyanyi sebenar. Ternyata Nik Shahidan, 20 tahun yang terpilih di pusingan akhir tidak mengecewakan Alif Satar kerana vokal beliau sangat padu dan mantap ketika berduet lagu ‘Sesungguhnya’.

Enam penyanyi misteri diperkenalkan pada setiap episod. Mereka diberikan dua identiti yang berbeza untuk mengelirukan artis jemputan dan panel penyiasat.

Jika penyanyi misteri yang berjaya ke pusingan akhir ialah seorang penyanyi sebenar, beliau akan memenangi peluang untuk merakam sebuah single bersama artis popular tanah air.

Sekiranya beliau ialah seorang penyamar bersuara sumbang, beliau akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000

ICSYVMY4 dihoskan oleh Sean LJE dan Shuk Sahar menampilkan Digi Prepaid sebagai penaja utama, Lazada Malaysia sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital.

Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

Jangan ketinggalan untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) episod akhir pada hari malam ini, 1 Ogos 2021, pukul 9.00 malam di TV3 yang menampilkan Amy Search sebagai artis jemputan manakala Hazama dan Ain Edruce sebagai penyiasat jemputan di samping panel penyiasat tetap iaitu Alif Satar, Jihan Muse dan Fad Bocey.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Trending Thu, 28 Apr 2022

Kuarantin Wajib 7 Hari Tidak Perlu Jika Tidak Positif Lagi

Jika sudah disahkan negatif, tidak perlu habiskan kuarantin wajib 7 hari.

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Fatima Jangan Sedih, Yang Kamu Perlu Tahu Hati Daddy Memelukmu Selamanya” – Fattah Amin

Fattah Amin mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan buat anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya

Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Fri, 12 Sep 2025

“Dia Sendiri Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti” – Pantun 4 Kerat Nafiz Muaz Cetus Spekulasi?

Netizen terhibur dengan inisiatifNafiz berbals pantun bersama pengikutnya.

Trending Thu, 11 Mar 2021
Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Media Prima Audio Capai 6.1 Juta Pendengar Mingguan.. Hot FM Kekal Stesen Radio No.1 Malaysia, Fly FM Terus Kuasai Segmen Radio Bahasa Inggeris

Media Prima Audio terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara rangkaian radio paling berpengaruh di Malaysia apabila mencatatkan 6.1 juta pendengar mingguan di seluruh negara.

error: Content is protected !!