Trending By: Salma Syahbuddin August 2, 2021 @ 12:01pm

“Itu Bukan Video Baharu…”- Shuk Sahar Bakal Ambil Tindakan Isu Video Separuh B*g*l Tular

Cerita aib dan video separuh bogel yang tular di media sosial sejak semalam ternyata menyerupai pelawak dan pengacara, Shuk Sahar yang dilihat berada disebuah bilik hotel didakwa telah didedahkan oleh ‘kekasih gelapnya’.

Bagaimanapun, Shuk menafikan bahawa video ‘separuh bogel’ yang tersebar itu bukanlah video baharu memandangkan pada masa kejadian berlaku, beliau dan isteri ada bersama.

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai Polis lah cerita”

“Takkanlah video baharu, kami tengah keluar berdua ni (bersama isteri). Lagipun, badan sekarang tengah gemuk kan”

Memetik laporan Harian Metro, Shuk menganggap tindakan berani ‘mati’ yang dibuat wanita terbabit dianggap sebagai satu bentuk promosi buat dirinya yang sekarang ini sudah kehilangan mata pencarian.

“Nak buat macam mana… Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib,” katanya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story ketika menjawab persoalan yang ditanya sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mengenai video tular berkenaan.

Terbaharu, Sera menerusi satu hantaran di instagram story memaklumkan beliau dan suami telah membuat laporan polis dan bakal membawa perkara tersebut ke Mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi saya tindakan ini keterlaluan dan kami terpaksa ambil tindakan memandangkan sekarang banyak tersebar cerita-cerita tak b est sehingga mengancam suami dan keluarga. Jadi biar peguam dan pihak yang terlibat menjalankan siasatan  mereka”

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan terbuka di Instagram.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosialnya ketika itu, Sera mendedahkan Shuk masih curang bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Shuk berjaya memujuk isterinya selepas meminta maaf dan membuat kejutan membawa rombongan meminang semula Sera ke kediaman mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

Syaikhul Islam Cium Tangan Puteri Sarah, Netizen Komen: “Dia Faham, Tapi Tak Nak Meluahkan”

Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya. @uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah ♬ suara asli […]

Featured Tue, 28 Jun 2022

Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

Kalau ada jodoh tak kemana kan? Tapi hormatlah perasaan Shuib juga yang kehilangan isteri tercinta 😌

Trending Tue, 3 Aug 2021

i-Citra KWSP : Cara Semak Status & Syarat Pengeluaran

Boleh semak akaun ming-masing dah…

Trending Fri, 5 Jul 2019

Adam Temui Ajal Digilis Bas Sekolah, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

Wan Mohammed Adam maut akibat terjatuh dari bas, siapa yang harus dipersalahkan?