Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 3, 2021 @ 8:42am

Diaib Bekas Kekasih, Video Separuh B*g*l Tular – Shuk Sahar Bakal Fail Saman Fitnah

Pelawak, pengacara dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam proses untuk memfailkan saman fitnah terhadap bekas kekasih Shuk yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Memetik laporan Harian Metro, Shuk tampil membuat laporan polis di Balai Polis Setapak kelmarin.

Peguam yang mewakili Shuk, Haziq Aizuddin Subhi berkata, tekanan demi tekanan yang diterima menyebabkan Shuk dan Sera tidak boleh mendiamkan diri.

“Kelmarin, saya bersama Shuk dan Sera berada di Balai Polis Setapak untuk membuat laporan polis terhadap Fara ang didakwa melemparkan beberapa tuduhan terhadap Shuk di akaun peribadi media sosialnya.

“Kes ini telah dibawa untuk siasatan lanjut di Balai Polis Pudu. Pasangan itu membuat laporan susulan tuduhan dan ugutan daripada Fara kerana terdapat dakwaan yang didedahkan adalah bertujuan memfitnah dan menjatuhkan imej serta reputasi Shuk.

“Shuk dan Sera juga sedang dalam proses untuk memfailkan saman fitnah memandangkan tindakan yang dilakukan wanita terbabit jelas mencalarkan imej Shuk dan disifatkan satu penganiayaan,” katanya kepada Harian Metro.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu Bukan Video Baharu…”- Shuk Sahar Bakal Ambil Tindakan Isu Video Separuh B*g*l Tular

Haziq yang mewakili firma guaman Tetuan Haziq A Subhi & Co memaklumkan, pihak polis akan menjalin kerjasama dengan Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan yang dibuat Shuk itu.

“Shuk baru saja menghubungi saya dan memaklumkan pihak polis akan bekerjasama dengan SKMM untuk menyiasat akaun Instagram Fara yang didakwa memuat naik nombor telefon peribadi Shuk di media sosial dan juga butiran maklumat lain yang boleh menjadi kesalahan bawah akta yang berkaitan.

“Pihak kami juga dalam proses mengumpul segala bukti lanjut dan paparan skrin lain sekiranya ada berkenaan perkongsian Fara yang dilaporkan menuduh serta memfitnah Shuk di Instagramnya kerana ini bukan saja berkait soal maruah, reputasi dan imej, tetapi ia juga membabitkan soal keselamatan keluarga Shuk.

“Saya memohon semua pihak untuk memberikan sedikit ruang kepada Shuk dan isteri menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu. Mereka kini sangat tertekan dengan segala isu yang berlaku termasuk insiden lain seperti menerima panggilan tidak dikenali yang mengganggu mereka,” katanya.

Terdahulu, Fara mendedahkan satu salinan laporan polis berhubung dakwaan kes cabul membabitkan pelawak itu di akaun laman sosial miliknya.

Malah, Fara turut berkongsi perbualannya dengan indvidu itu yang membuat dakwaan dicabul pada Februari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang.

Fara juga didakwa memuat naik sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Shuk berada dalam keadaan separuh bogel di sebuah bilik hotel.

Namun begitu, perkongsian terbabit sudah pun dipadamkan.

Untuk rekod, Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai tahun lalu.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosialnya ketika itu, Sera mendedahkan Shuk masih curang bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Shuk berjaya memujuk isterinya selepas meminta maaf dan membuat kejutan membawa rombongan meminang semula Sera ke kediaman mereka.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Aug 2018

Bertumit Tinggi Dan Berbulu Mata Palsu, Fieyna Tajudin Pesilat Wanita Paling Stail!

Wanita dalam persalinan penuh gaya lengkap berhijab, bertumit tinggi dan berbulu mata palsu beraksi persis srikandi!

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Sat, 15 Nov 2025
Trending Sun, 14 Feb 2021

Kilafairy Enggan Rancang Soal Jodoh

Penyanyi dan pelakon Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 29, enggan merancang soal jodoh. Mengaku sudah mempunyai kekasih hati, Kilafairy telah mengenali lelaki ini selama 10 tahun. “Hal sebegini saya serahkan kepada pihak […]

Featured Wed, 25 May 2022
Trending Thu, 1 Aug 2019

懒男福音!日本超狂商品「伪胸肌垫」穿上身秒变天菜

天下没有白吃的午餐,健壮的肌肉往往都要经过许多的苦练才能练成,不过最近日本却出现了一样神奇发明,堪称是造福广大男性的福音啊

Featured Thu, 7 Oct 2021
Featured Tue, 25 Oct 2022

Gara-Gara ‘Twerk’ & Usik Jurusolek Melatah, Video Dynas Mokhtar Dibanjiri Komen Nakal Lelaki Gatal?

Amboiiii, nakalnya komen komen lelaki kat video Dynas ni 🤯 Takut min baca 😖😫

error: Content is protected !!