Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 4, 2021 @ 7:29pm

“Tidak Hipokrit! Kalau Tak Boleh Terima, Jangan Ada Media Sosial”- Dilabel Terlampau Sharnaaz Ahmad Akui Tak Pandai ‘Cover Line’

Nama pelakon, Sharnaaz Ahmad pastinya sudah tidak asing lagi jika menyentuh isu-isu panas yang berlaku dalam industri mahupun negara.

Kelantangannya dalam menyuarakan pendapat dan menegur individu tertentu seringkali mencuri perhatian netizen.

“Tidak pandai berselindung dan cakap tidak berlapik…”

Menurut Sharnaaz, terdapat segelintir pihak yang tidak suka dengan cara beliau menegur atau memberi pendapat terutamanya ketika memberi pandangan mengenai tindakan penyanyi rap, Caprice bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, Sharnaaz tidak pandai berselindung atau cakap berlapik kerana sudah terbiasa bersikap terus-terang.

“Nak kata saya bersikap lantang, tidak juga. Jika nak dibandingkan dengan Sharnaaz yang dahulu, memang lagi teruk. Saya cakap tidak berlapik langsung, cuma saya lebih berhemah sekarang.

“Bagi saya, apabila menggunakan pendekatan seperti ini, mesej lebih mudah disampaikan. Saya harap mereka boleh terima sikap lantang ini. Bukanlah niat untuk sengaja mengguriskan hati sesiapa, cuma mahu memberikan kesedaran.

“Jika mengenali individu berkenaan, saya akan hantar mesej secara peribadi. Saya bukan sengaja mahu bersikap lantang bersuara, tetapi saya memang tidak pandai cakap ‘cover line’. Bagaimanapun, saya anggap netizen lagi kasar berbanding saya,” katanya.

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak suka hipokrit!”

Tidak menolak bahawa zaman sekarang platform media sosial menjadi antara alat komunikasi penting di waktu sebegini maka, adalah tidak mustahil sekiranya ada pihak yang sakit hati dengan teguran atau pandangan yang diberikan beliau.

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak suka hipokrit. Jika pengikut nak tengok benda yang baik-baik, banyak akaun lain yang boleh diikuti. Secara peribadi, saya bukan seperti itu. Jika tidak boleh terima dan terlalu sensitif, lebih baik jangan ada media sosial,”

“Akui sentap jika netizen keterlaluan hingga sanggup sentuh hal keluarga & anak”

 

Walaupun kelihatan garang dan serius sehingga peminat sendiri ada yang mempersoalkan sikap Sharnaaz yang mudah sentap apabila ada pihak lain melakukan perkara sama terhadapnya, Sharnaaz bagaimanapun mengakui dan tidak menafikan perkara tersebut.

“Sesetengah netizen sangat melampau. Daripada buang masa melayan komen menyakitkan hati dan mereka suka mahu mengheret ahli keluarga termasuk anak, itu memang saya tidak boleh terima.

“Apabila berdepan dengan situasi ini, lebih baik saya ambil tindakan memadam komen dan sekat. Itu lebih baik daripada saya terus rasa sakit hati melihatnya.

“Bagi saya, mereka yang ambil pendekatan padam dan sekat adalah seorang yang hebat. Apa yang saya belajar, selalunya mereka ini hanya berani dalam telefon sahaja, tetapi takut mahu berdepan,” tegasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Oct 2022
Featured Tue, 12 Nov 2024

Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang &  Bahagia – “Syukur Kepada Allah”

Kata Faz, dia tidak bermaksud riak menunjukkan kebahagiaan sebaliknya ia adalah luahan daripada hatinya.

Featured Wed, 10 Aug 2022
Fab Foodies! Mon, 17 Mar 2025

[Muzik Video] Mak Anak Tiga Kongsi Cara Jadikan Hari Raya Lebih Ceria Dengan Fanta Resipi!

Raya dah dekat… korang dah tahu ke apa nak buat pada tahun ini agar sambutannya lebih meriah? Bukan apa, makan kuih raya, lemang, ketupat dan rendang dah terlalu mainstream. So, jom kita dengar perkongsian dari […]

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

[VIDEO] Siti Nurhaliza Nak Merenjis & Menyanyi Di Hari Bahagia? Ini Respons Fattah Amin

Fattah Amin bahagia ramai komen yang baik-baik terhadap hubungannya bersama Amira Othman

Drama Sun, 21 Jun 2026

Berimej Alim Tapi Aniaya Anak, Watak Lan Siro Dalam Drama Neraka Yang Terhijab Cetus Kemarahan Penonton

Watak Abi yang dibawakan Lan Siro dalam siri Tonton Originals, Neraka Yang Terhijab, menjadi antara topik hangat dalam kalangan penonton sejak drama itu mula ditayangkan pada 4 Jun lalu.

error: Content is protected !!