Hiburan By: Padin August 7, 2021 @ 10:16am

Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan semenjak semalam kerana tahap oksigen menurun.

Suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu menerusi kemas kini terbaru di ruangan Instagram Story berkongsi mengenai perkembangan isterinya yang sudah melahirkan anak ke-4 mereka secara pembedahan semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

Menurut bekas penyampai radio Hot FM itu, tahap kandungan oksigen Sarah yang kini semakin meningkat dan menunjukkan peningkatan positif.

“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar, masih lagi perlukan bantuan oksigen. Cuma, Alhamdulillah ada peningkatan.

“Jam 11 malam (semalam), oksigen turun sehingga 40, tapi jam 2 pagi, Alhamdulillah, oksigen naik sampai 77 dan baru sebentar tadi, doktor maklumkan, oksigen Sarah 80.

“Saya harap, semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” tulis Shuib.

Pelawak itu turut memuat naik fotonya bersama Sarah dan anak-anak yang ditulis dengan kapsyen yang meruntun hati.

“I tahu you dengar setiap kata hati I. You kuat, sayang! I dan anak-anak akan tunggu you balik,” tulis Shuib lagi.

Pada malam tadi, berlangsungnya majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Sarah secara atas talian dan ia dihadiri lebih 100 orang termasuklah ahli keluarga, kawan-kawan, teman artis dan pihak media.

ARTIKEL BERKAITAN : “Dia Sudah Ditidurkan” – Tak Stabil & Oksigen Menurun, Peminat Diminta Doakan Siti Sarah & Kandungan

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Menurut Shuib usai majlis terbabit, anak yang baru dilahirkan telah diberi nama Ayash Affan dan nama terbabit dipilih sendiri oleh Sarah.

“Sarah sendiri memilih nama terbabit. Saya minta semua tolong doakan dia. Tolong doakan anak saya juga yang berada di hospital.

“Malam ini mengajar saya banyak perkara, Allah ajar saya untuk reda yang paling reda. Ya, saya dah reda. Apa sahaja keadaan selepas ini saya akan reda.

“Allah telah banyak uji kami, dari tahun pertama kahwin sampai sekarang, Allah memang hantar dia untuk baik hidup saya. Saya minta maaf sekiranya Siti Sarah ada menyakiti sesiapa, halalkan makan minumnya dan doakan agar dipermudahkan,” kata Shuib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Thu, 15 Aug 2019

Mayat Nora Anne ‘Dipindahkan?’ Sukarelawan Dan Pendaki Bongkar Pertama Kali Jumpa Mayat Nora Anne Dalam Keadaan Terbaring

Kehilangan seorang gadis warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang akhirnya ditemui mati menggemparkan negara. Gadis berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang ketika bercuti bersama keluarganya di Dusun Hill, Pantai, Negeri Sembilan sebelum ditemui mati selepas […]

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Trending Tue, 23 Nov 2021

“Tangan Saya Menggigil & Jadi Berpeluh” – Pernah Hadiri Uji Bakat, Maya Karin Dedah Sebab Terlepas Watak Filem Crazy Rich Asians

Pelakon wanita tersohor, Maya Karin atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 42, mendedahkan masalah kebimbangan melampau (anxiety) menjadi penyebab dirinya terlepas dua peranan besar. Menurut Maya, dia gagal memberikan yang terbaik persembahan terbaik sewaktu sesi […]

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Jom Intip Waktu Tidur Selebriti Terkenal Hollywood

Bagaimana pula dengan rutin bintang terkenal Hollywood? Memiliki rumah besar dan cukup selesa pastinya membuatkan mereka suka menghabiskan masa di kamar tidur. Ye ke?

Hiburan Mon, 6 May 2019

Shahfi Rafiq Juara Spotlight Musim Pertama, Tahniah!

Baru berusia 11 tahun, tahniah adik Shahfi Rafiq!

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Tahniah! Raja Ilya Kahwin Hari Ini

Selamat Pengantin Baru Ilya & TWG. Semoga terus bahagia hingga ke Jannah. Insha Allah…

Events Mon, 4 Feb 2019

Tahniah! Haram Dinobat Juara Lagu Ke-33

Hujan rahmat dipentas AJL33