Trending By: Salma Syahbuddin August 8, 2021 @ 8:05am

“Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

Shuib hari ini memaklumkan keadaan terkini isterinya, Siti Sarah yang sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah sudah hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Jumaat.  Malah, Shuib turut memberitahu selain bahagian paru-paru yang terkesan, jantung Sarah juga berada dalam keadaan lemah.

“Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah banyak bekerja”

“Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembedahan” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

Justeru itu, Shuib, 37, berharap agar paru-paru Sarah boleh kembali normal dan dapat membekalkan oksigen didalam badan.

Selain itu, Shuib juga berterima kasih dan terharu kepada semua pihak yang sudi menghantar mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membacakan Yassin dan doa buat isterinya.

“Saya terlalu terharu apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yassin.

“Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami,”

“Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita Covid-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022

Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Tak senua perkara boleh di share kat public okay!

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi […]

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Featured Sun, 1 May 2022
Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Trending Mon, 9 Dec 2019

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus

Sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti

Trending Sun, 14 Nov 2021

Harith Zazman Umum Isteri Hamil Dalam Muzik Video Shut Up

Jika dua lagu sebelum ini iaitu Cute (Stop Lah So Being Cute) dan Tak Tahu menampilkan penyanyi Harith Zazman berkolaborasi bersama bintang lain, kini bakat baharu itu muncul dengan single solo berjudul Shut Up. Lagu […]