Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 9, 2021 @ 8:12am

Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri mendedahkan sifat pemurah yang dimiliki oleh penyanyi Siti Sarah yang meninggal dunia sebentar tadi.

Menurut Nadir, dia terkejut selepas mengetahui perkhabaran mengenai pemergian penyanyi itu kerana dia ada berhubung dengan Sarah sekitar Jun dan Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah Meninggal Dunia

Sarah menghubungi Nadir untuk menyertai ibadah korban di Gaza sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

“Tersentap kejap bila baca berita daripada Shuib mengenai pemergian Siti Sarah. Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk dia ikuti program korban di Gaza kami.

“Masa tu saya terkejut bila dia maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Nadir berkongsi perkara tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran terbabit, Nadir berkongsi perbualannya dengan Sarah melalui mesej peribadi di Instagram bermula 12 Jun lalu.

Antara perkara yang dikongsikan Nadir bersama Sarah adalah mengenai urusan pembelian seekor lembu untuk tujuh bahagian korban.

Nadir juga sempat bertanya jika dia boleh berkongsi perkara itu kepada umum namun Sarah sebolehnya mahu merahsiakan.

Bagaimanapun Sarah mengizinkan Nadir untuk berkongsi perkara itu sekiranya memberi manfaat kepada umat Islam di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Dalam pada itu, Sarah juga mengambil peluang bertanyakan kepada Nadir mengenai keadaan semasa di bumi Palestin yang kembali diserang Israel ketika itu.

“Selepas itu dia kerap berhubung dan bertanya mengenai keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

“Rupanya Allah takdirkan, nyawa dia diambil dalam keadaan dia memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, Al-Fatihah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Tinggal 40%

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raissuddin, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur pada jam 5.13 pagi tadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Pematah Hati Ada Sambungan?

Kalau selalu anda dengar lagu duet, mesti bertema cinta kan? Kali ini Nabila dan Hael bakal bawakan sedikit perubahan!

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

16组令人难以置信「他们竟然是同年龄」的明星

外国人通常看起来会比我们亚洲人还老,但是有些同年龄的名人看起来真的是相差甚远,很难相信他们已经在同一个地球一起生长了许多年,就让我们来看看这些会让你难以置信的同年龄明星吧!

Hiburan Mon, 4 Nov 2024

Bekas Isteri Berubah Selepas Kerja Sebagai Pramugari, Gagal Kawal Kemarahan Antara Punca Idzham Ismail Lafaz Cerai

Lepastu satu, satu kes selebriti.. kali ni Idzham Ismail pula sah cerai dengan isteri 🥹😭😭

Events Wed, 30 Apr 2025

Stacy Bakal Gegarkan Sabah Dengan Konsert Solo Mega ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’

Stacy kembali ke negeri kelahirannya untuk menjayakan konsert solo berskala mega

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

黄若熙、Alycia当一日义工!福利收容所获「企业男神」倪益江资助5万马币

Ribbon黄若曦、Alycia受邀当一日义工!福利收容所获「企业男神」倪益江资助5万马币。

Trending Fri, 3 Jan 2020

1月4日有流星雨!每小时预测可看到约120颗流星划过

没有看过「流星雨」的朋友注意啦!本周六(1月4日)将出现预计每小时120颗流星划过天际。

error: Content is protected !!