Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 11, 2021 @ 1:59am

“Marah Memang Marah, Tapi..” – Shuib Ulas Isu Influencer Tak Sensitif Jadikan Pemergian Siti Sarah Sebagai Content YouTube

Pelawak Shuib mengakui dirinya hilang kata-kata untuk mengulas isu seorang selebriti media sosial yang menziarahi pusara Allahyarham Siti Sarah dan menjadikan ia sebagai kandungan di laman YouTube.

Menurut Shuib, semua pihak seharusnya ada sensitiviti yang sangat tinggi.

“Saya tak tahu nak komen apa mengenai isu itu. Apa yang saya boleh katakan, kena ada rasa peka yang tinggi terhadap sensitiviti orang lain.

“Takut nanti hilang sensitiviti, rasa suka nak buka aib… Takut bahagian kita pula satu hari nanti macam mana,” katanya.

Shuib berkata demikian usai majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah Sarah yang berlangsung secara maya, malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Shuib Datang Melutut Depan Saya, Dia Kata Siti Sarah Dah Tak Ada…” – Kehilangan Anak, Raissuddin Hamzah Rasa Sepi

Tambah Shuib, lebih baik jika semua pihak menyebarkan rasa kasih sayang dan berhati-hati dengan apa yang dilakukan.

“Marah memang marah, tapi itu sahaja yang saya boleh cakap. Kena ada rasa semsitif. Nasib kita di masa akan datang belum lagi diketahui.

“Lebih baik kita kongsi perkara yang boleh mendatangkan kasih sayang, itu lebih baik untuk semua orang,” katanya lagi.

Kelmarin, kecoh di laman sosial mengenai seorang jejaka yang terkenal di laman sosial Instagram dan YouTube merakamkan perjalanannya menziarahi puasa Allahyarham Siti Sarah.

Kemudian, dia memuat naik video terbabit sebagai kandungan di saluran YouTube miliknya dan ia mula mendatangkan rasa tidak puas hati wargamaya.

Selepas dikecam netizen dan didakwa tidak mempunyai rasa sensitif, jejaka terbabit memohon maaf dan memadam kandungan terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Dec 2018

无头人存活15年?无头人真相曝光(真实存在)

说到头部绝对是人体十分重要的部位,而且一般来说头掉了就活不了。但是近期居然传出美国某位女子头和身体分开了,但是她依旧存活着甚至已经活了15年了,这是怎么回事呢?

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Guru Matematik Viral Sir Race Lancar Lagu Raya, Alyssa Dezek Jadi Kejutan Dalam MV

Istimewa sempena Aidilfitri tahun ini, Sir Race melancarkan lagu raya berjudul Bah Selamat Hari Raya.

Featured Thu, 9 Jun 2022
Hiburan Tue, 7 May 2024
Featured Sat, 5 Nov 2022

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’. Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
Trending Tue, 15 Dec 2020
Hiburan Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Berlepas Ke Tanah Suci Pagi Tadi, Zaquan Adha Mohon Doa Peminat

Semoga semuanya berjalan lancar, Aminn.

Featured Fri, 7 Apr 2023
error: Content is protected !!