Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 14, 2021 @ 12:02pm

Izara Aishah Kini Sudah Berhijab? Padam Semua Gambar ‘Free Hair’ Di Instagram

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah dilihat tampil mengenakan hijab dan memadam semua gambar free hair nya di laman sosial instagram miliknya sejak malam tadi.

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin juga memuat naik beberapa keping gambar beliau bertudung labuh sekaligus memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah berhijab.

Walaupun menutup ruangan komen pada gambar tersebut, isteri kepada anak tiri  penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, pastinya kelihatan cantik dengan mengenakan jubah dan berhijab labuh berona dusty purple.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian Xtra di laman twitter Izara, ramai netizen mula bercakap tentang perubahan yang dilakukan ibu kepada Irisa Alaia itu.

Terdahulu, pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad juga kini telah mengenakan hijab dan berkongsi kisah penghijrahannya bersempena Awal Muharram pada Selasa lalu menerusi laman Instagramnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Triple Cantik Izara Aishah
ARTIKEL BERKAITAN : Izara Aishah Kini Hamil?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Mar 2022
Trending Wed, 4 Jul 2018

Adam Rayqal Mungkin Didera Sebelum Meninggal Dunia

Terdapat kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan Adam Rayqal Mohd Sufi.

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

Amira Othman Akhirnya Sahkan Kini Hamil Tujuh Bulan

Amira Othman dijangka bersalin pada penghujung bulan enam atau awal bulan tujuh

Trending Thu, 2 Jul 2020
Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Featured Tue, 21 Feb 2023

[VIDEO] Khusyuk Nyanyi Lagu Tiara, Siti Nurhaliza Dedah Ada Tragedi Lucu Berlaku 

Nak ambik video untuk kenangan, tapi jadi lain pula 🤣😭

error: Content is protected !!