Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 16, 2021 @ 7:45pm

‘Dulu Lebih 200, Sekarang Sekitar 20 Pesakit Sahaja’ – Pengarah HKL

Jika kelmarin seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan yang semakin berkurangan, semalam pengarahnya mengesahkan perkara itu.

Dr Rohana Johan berkata, trend penurunan berlaku sejak sebulan lalu dan paling ketara, seminggu kebelakangan ini.

“Alhamdulillah, jika kita bandingkan kemasukan pesakit Covid-19 sejak sebulan lalu, boleh nampak penurunan kes yang masuk melalui Jabatan Kecemasan.

“Kalau sebulan dulu, kes kecemasan yang menunggu untuk kemasukan ke wad lebih 200, sekarang setakat hari ini, hanya tinggal sekitar 20 orang sahaja,” katanya ketika ditemui di HKL.

Beliau yakin kerjasama rakyat dalam pengambilan vaksin, melakukan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kepada situasi ini.

Dr Rohana berkata, kes kategori lima yang memerlukan bantuan pernafasan juga menunjukkan trend penurunan amat ketara terutama dalam kalangan individu yang sudah lengkap divaskin.

“Walaupun masih ada lagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan namun jumlah tinggi dilihat dalam kalangan individu tidak mempunyai sejarah vaksin,” katanya.

Beliau berkata, lebih melegakan, keadaan terkini itu turut memberikan sedikit ruang kepada petugas barisan hadapan untuk berehat dan merawat pesakit dengan lebih tenang.

Dr Rohana yakin bahawa trend penurunan ini akan berterusan dengan kerjasama seluruh rakyat dan mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit termasuk inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV) serta hospital swasta yang sedia menerima pesakit bukan Covid.

“Juga inisiatif kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan sukarelawan sama ada secara klinikal atau bukan klinikal yang membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan HKL,” katanya.

Tinjauan mendapati dua wad yang sebelum ini dikhaskan bagi merawat pesakit Covid-19 tahap tiga kini kembali dijadikan wad untuk merawat pesakit bukan Covid-19 zon kuning sejak seminggu lalu.

Difahamkan wad yang mampu menempatkan 30 orang pada satu-satu masa itu pernah dihuni 70 pesakit Covid-19 dengan dilengkapi katil kanvas sementara.

Kini katil kanvas itu diletakkan di satu sudut dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan, begitu juga dengan puluhan tangki oksigen dan ventilator.

Katil katil kosong juga dapat dilihat di dua wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 tahap 4 dan 5 serta yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sebelum ini, Pakar Anestesiologi di HKL Dr Hana Hadzrami berkongsi kelegaan apabila kes rujukan dari Jabatan Kecemasan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu yang membabitkan pesakit Covid-19 kritikal semakin berkurangan.

“Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan,” katanya dalam satu kemas kini di laman Facebook.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Feb 2026

“Bukan Digugurkan” – Anzalna Nasir Perjelas Isu Duta ‘J’, Syukur Rezeki Lebih Lumayan Tahun Ini

Anzalna menjelaskan perkara itu bukan isu digugurkan, sebaliknya keputusan berkenaan terletak sepenuhnya di tangan pihak jenama

Trending Thu, 20 Aug 2020
Trending Mon, 13 Jan 2020

43 Tahun Tidak Meletus, Gunung Taal Mengeluarkan Debu!

Satu daripada gunung berapi paling aktif yang terletak 65 kilometer di Selatan Manila dilaporkan telah mengeluarkan debu pada petang Ahad. Situasi ini mengakibatkan penduduk dan pelancong di sekitarnya diarahkan berpindah untuk menyelamatkan diri. Menurut Ketua […]

Featured Mon, 18 Mar 2024
Featured Tue, 9 May 2023

“Tepuk Dahi, Fikir Sendiri” – Titip Nasihat, Nora Ariffin Minta Pastikan Niat Untuk Kahwin

Bila niat purely kerana Allah, In Sha Allah dilorongkan keberkatan & kebaikan sampai bila-bila – Datuk Nora Ariffin

Hiburan Thu, 2 Jan 2025

Didakwa Miliki Dadah, Pelawak Popular Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah

Keputusan pelawak dipenjara enam belan di Jeddah dibuat selepas perbicaraan berlangsung pada November lalu

Hiburan Wed, 5 Feb 2025
Hiburan Fri, 6 Oct 2023

Imej Botak & Berat Badan Susut Bukan Disebabkan Rawatan Kemoterapi – Zizan Nin

Zizan Nin sihat je tau… lama tak tengok Zizan berlakon kan…

error: Content is protected !!