Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin August 18, 2021 @ 12:31pm

“Pakai Baju Kelawar Isteri, Jadi Hantu.. Pakailah Elok-Elok Untuk Ambil Vaksin” – Hafiz Hamidun

Penyanyi, komposer dan penerbit muzik, Hafiz Hamidun memberikan nasihat supaya orang ramai berpenampilan elok serta bersesuaian ketika mendapatkan vaksin.

Menurut pelantun lagu Jodoh Berdua ini, sebarang gimik keterlaluan dalam berpakaian tidak diperlukan ketika mengambil suntikan terbabit.

“Pakailah elok-elok untuk ambil vaksin. Vaksin je pun, no need too much gimmick sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua.

“I don’t know, is ot a ‘marketing’ stratergy or apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi cringe pula,” tulisnya.

Hafiz meluahkan perkara terbabit menerusi muat naik terbaru di ruangan Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, gaya pakaian serta kostum yang unik dan pelik digayakan oleh sesetengah orang yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Perkara terbabit tular diperkatakan oleh warganet dan antara gaya yang menjadi perhatian ialah watak hantu, watak superhero serta suami yang mengayakan baju kelawar isteri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Arja Lee Mengaku Obses Panggung

Hero filem Dalam Botol ini mengaku mahukan watak dalam filem hantu pula selepas ini.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Featured Tue, 28 Sep 2021
Trending Mon, 18 Jan 2021
Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Trending Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Sukar Bernafas, Zizan Razak Dikejarkan Ke Hospital

Semoga cepat sembuh, Zizan Razak!

error: Content is protected !!