Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 20, 2021 @ 8:30am

Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

Pelakon popular, Remy Ishak dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, Ezza Yusof pada Sabtu ini.

Menurut Harian Metro, Remy dan Ezza akan bersiap di sebuah hotel terkemuka tanah air  sebelum dibawa ke lokasi pernikahan pada pagi Sabtu ini.

Difahamkan, sebelum ini Remy dan Ezza sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun akibat Perintah Kawaln Pergerakan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat majlis tersebut terpaksa dibatalkan dan ditunda kepada tarikh dan hari yang sesuai.

“Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami,” katanya.

Terdahulu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak pernah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya ini sekitar tahun 2017, namun dilaporkan putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan kedua-duanya berputik semula selepas Remy dilihat meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

“Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Oct 2022
Featured Tue, 30 Jun 2026

“Ini Perkara Di Luar Jangkaan” – Syed Saddiq Akur Penangguhan Keputusan Pembebasannya

Syed Saddiq menyifatkan penangguhan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Hiburan Mon, 18 May 2026

Lakar Sejarah Tersendiri, Yazmin Aziz Terus Cipta Nama Di Peringkat Antarabangsa

Yazmin Aziz melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama membuat persembahan di platform terkenal antarabangsa, Wish 107.5 Wish Bus.

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah.

Featured Thu, 9 Jun 2022

[VIDEO] Terserempak Kereta Atas Highway, Balu Arwah Abam Sebak Kenang Memori

Allahu sebaknya… Semoga Hidayah kuat semangat dan dimurahkan rezeki selalu ❤️❤️❤️

Hiburan Thu, 14 May 2026

“Jangan Menekan-Nekan, Mengatur Hidup Orang” – Fazura Kongsi Pandangan Tentang Jodoh

Fazura secara bersahaja berkata dia tidak boleh membuat pilihan bagi pihak orang lain

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Tampilkan Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Erra Fazira & Ramai Lagi, Intuisi Evolusi Emas Semarakkan FFM 33

Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menganjurkan Intuisi Evolusi Emas FFM33 untuk menyemarakkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33).

error: Content is protected !!