Hiburan By: Padin August 29, 2021 @ 1:58am

4 Filem Terbaik Di TV3 Sepanjang September Ini!

TV3 akan sentiasa menemani hujung minggu anda dengan 4 filem box-office terbaik dan berkualiti pada setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11.30 malam sepanjang bulan September ini menerusi Magnificent 8.

Pastinya menghiburkan kerana filem-filem yang bakal ditayangkan ini dilakonkan oleh pelakon terkenal antarabangsa dan diminati ramai.

Rampant (5 September 2021)

Rampant berkisar pergolakan antara Dinasti Joseon dan Dinasti Qing. Lee Chung (Hyun-Bin) merupakan seorang putera kerajaan Joseon dan telah dibebaskan dari tahanan kerajaan Qing setelah 10 tahun dalam tahanan. Beliau handal bermain dengan pedang tetapi merupakan seorang kaki perempuan dan suka berjudi. Raja Joseon pula terlalu mengharapkan menteri-menterinya untuk membuat keputusan kerana baginda semakin uzur. Kim Ja-Joon (Jang Dong-Gun) yang merupakan menteri perang mengambil peluang ini untuk mencapai cita-citanya merampas kuasa dan mengubah hala tuju Joseon. Kim Ja-Joon telah membeli senjata api dari pedagang Belanda tetapi salah seorang daripada mereka telah dijangkiti penyakit pelik yang mengubah mereka menjadi zombie. Kini rakyat hanya mengharapkan putera Lee Chung untuk menyelamatkan mereka termasuk mematahkan niat jahat Kim Ja-Joon.

Super 30 (12 September 2021)

Berkisarkan kisah benar, Super 30 menceritakan tentang pengorbanan seorang guru yang sanggup berkorban apa sahaja demi mendidik anak-anak muridnya. Anand Kumar (Hrithik Roshan) seorang pakar ahli matematik sanggup meninggalkan pekerjaannya di pusat akademi swasta Excellent untuk mendidik golongan yang keciciran pelajaran kerana kemiskinan. Anand kemudiannya membuka pusat akademi sendiri. Niatnya adalah untuk mengajar secara percuma dan melayakkan pelajarnya memasuki Institusi terkenal di India. Namun, sejak adanya pusat akademi sendiri yang diberi nama Super 30, Anand sering berhadapan dengan pelbagai rintangan termasuk ancaman bunuh! Anand bertuah kerana Pranav Kumar iaitu saudaranya sentiasa menyokong niat murni Anand. Saksikan kesudahan niat murni Anand dalam memberikan pendidikan terbaik buat pelajar-pelajarnya.

Train To Busan (19 September 2021)

Filem seram zombie ini mengisahkan tentang Seok-Woo (Gong Yoo), seorang pengurus dana yang telah bercerai. Dia terlalu obses dengan pekerjaannya sehingga jarang meluangkan masa untuk anaknya Soo-an (Kim Su-an). Sempena harijadi Su-An, dia telah memujuk Seok-Woo untuk membawanya ke Busan untuk melawat ibunya. Seok-Woo mengambil cuti untuk melayan anaknya. Mereka menaiki kereta api KTX di Seoul untuk berlepas ke Busan. Ketika menaiki menaiki kereta api itu, ada seorang wanita yang cedera di kaki turut berada di dalam kereta api yang sama. Tanpa disangka, wanita itu telah menjadi zombie dan menyerang seorang pekerja kereta api. Keadaan menjadi huru-hara apabila pekerja tersebut turut menjadi zombie! Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam kereta api tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam kereta api yang bergerak itu. Adakah mereka akan selamat daripada zombie yang kian mengganas di dalam kereta api itu?

The Unity of Heroes (26 September 2021)

Vincent Zhao yang lebih dikenali sebagai Wong Fei Hung dan terkenal dengan watak seorang pahlawan China yang paling hebat akan menggegarkan hari anda dengan lakonannya menerusi The Unity of Heroes. Kisah bermula apabila Master Wong Fei Hung menerima tetamu aneh di dalam akademinya iaitu Lu Xiaoyue (Huanhuan Wei). Sejak ketibaan tetamu aneh itu, Fei Hung dan pembantunya Liang Kuan (Li Lubing) mendapati bahawa kemasukan candu barat mula menjadi wabak di negeri itu. Lu Xiaoyue kononnya datang untuk membantu merawat penagih candu tetapi secara diam telah melakukan ujian yang tidak masuk akal ke atas pesakit di klinik mewahnya dan menjadikan mereka lebih kuat. Salah seorang dari mereka berjaya melarikan diri dan telah merempuh sekolah Master Wong Fei-Hung. Keadaan itu membuatkan Fei Hung melakukan siasatan untuk mengetahui punca sebenar. Keadaan bertambah serabut apabila Thirteenth Aunt (Wei Na) yang baru pulang dari luar negara telah terbawa-bawa cara hidup kebaratan dan merancang untuk bekerjasama dengan klinik mewah tersebut.

Jangan lupa janji temu anda bersama kami setiap Ahad pada pukul 9:00 malam sepanjang September ini! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

AKHIRNYA MIMI FLY CERAI, MOHON NETIZEN JANGAN KERUHKAN KEADAAN

Mimi yang sebelum ini bersama Kumpulan One Nation Emcee membuat pengakuan mengenai status perceraian nya itu melalui akaun instgram miliknya

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Izzue Islam Takut Sakit Makin Melarat

Kita doakan semoga Izzue cepat sembuh okay!

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Tahniah! Tuanku Najihah Nama Bayi Sulung Sarimah Ibrahim

Dalam entri sama, beliau memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan wajah anaknya selepas 12 jam dilahirkan.

Hiburan Sat, 15 Feb 2020

Ronan Keating全球首唱新歌!让粉丝度过浪漫情人节

「爱尔兰男神」Ronan Keating 选择在2月14日与大马粉丝共度浪漫情人节,并于现场首唱他即将于今年5月推出的新专辑里的新歌《One Of A Kind》让大马粉丝惊喜不已。

Events Sat, 1 Oct 2022

12 Tahun Dalam Industri, Fourtwnty Miliki ‘Eksklusiviti’ Tersendiri

🌻🌻🌻Terus sukses, terus terbang tinggi dengan kata-kata paling indah🌻🌻🌻

Trending Wed, 24 Nov 2021

“Kalau Disuruh Bercium, Macam Mana?” – Beza Budaya, Tiara Jacquelina Dedah Pernah Tolak Tawaran Hollywood

Pelakon dan penerbit popular, Puan Sri Tiara Jacquelina, 54, mendedahkan beza budaya dan agama menjadi sebab dia menolak tawaran berlakon di Hollywood sebelum ini. Kesempatan untuk meluaskan karier ke peringkat antarabangsa sememangnya menjadi idaman ramai […]

Featured Wed, 5 Apr 2023