Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 15, 2021 @ 3:29pm

Kerajaan Mampu Laksanakan Tambahan Skim i-Citra RM 10,000, i-Survive RM 5,000 One Off Kepada B40 M40′

Umum maklum, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra yang berjumlah RM 5,000 one off kepada rakyat.

Namun, cadangan agar kerajaan dapat menambah baik skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM 5,000 kepada rakyat telah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mengambil kira kerajaan dikatakan tidak ada banyak duit untuk bantu rakyat, saya cadangkan skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pada setiap pemohon.

“Sesiapa daripada golongan B40, M40 boleh memohon kepada bank dan akan diluluskan secara automatik untuk dibayar terus ke dalam akaun pemohon dalam tempoh dua hingga tiga hari,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Bank jangan bimbang tidak cukup dana untuk skim i-Survive kerana jika 10 juta memohon baru RM50 bilion iaitu tidak sampai 10 peratus daripada jumlah pinjaman diberi oleh bank pada hari ini.

“Sesungguhnya bank di Malaysia mencatatkan keuntungan tinggi walaupun dalam keadaan pandemik,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan membuat pertimbangan dan menaikkan pengeluaran wang KWSP i-Citra kepada RM10,000 dengan syarat kerajaan bersungguh menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaaan kepada syarikat milik KWSP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023

Mahu Lebih Memahami Wanita, Hun Haqeem Dedah Ingin Rasa ‘Period Pain’

Pelakon kacak, Hun Haqeem mahu lebih memahami kesukaran dan cara hidup seorang wanita. @y2kvd boyfriend material >> #hunhaqeem #malaysianactor #fyp ♬ Pano – Zack Tabudlo Menerusi perkongsian pengguna bernama @y2kvd di laman TikTok, Hun memberitahu […]

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Pilih Tak Penuhi Jemputan Rumah Terbuka, Azza Elite Bimbang Reaksi Orang Terhadap Anak Autisme

Azza Elite bimbang kehadiran anaknya, Adam yang autisme boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada tuan rumah dan tetamu lain.

Trending Fri, 19 Mar 2021
Featured Tue, 28 Jun 2022

Ditawar RM1.3 Billion, Johnny Depp Didakwa Bakal Beraksi Sebagai Kapten Jack Sparrow Semula?

Rindunya nak tengok Johnny Depp berlakon jadi Jack Sparrow! Min belanja sikit ayat famous dia, “Why fight when you can negotiate,” 🔥🙌 Deep!

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Mon, 14 Jul 2025
Featured Tue, 2 Nov 2021

“Saya Tertipu & Mahu Menceraikannya” – Suami Ceraikan Isteri Selepas Melihat Wajahnya Tanpa Solekan

Seorang lelaki di Mesir telah memfailkan saman di mahkamah untuk menceraikan isterinya yang baru berkahwin selama sebulan selepas melihat wanita itu tanpa solekan. Menurut laporan Gulf News, suami tersebut kelihatan terkejut selepas melihat wajah isterinya […]

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Sambutan Hangat Konsert Inul Daratista Live In Malaysia Cetuskan Idea, Pencarian Bakat Baharu Dangdut Kini Bermula!

Wah, hangat sambutan konsert Inul ye! Siapa nak jadi bintang dangdut tu boleh la usha!

error: Content is protected !!