Hiburan By: Padin September 19, 2021 @ 3:34pm

“Ingatkan Keluar Lagu Baru, Rupanya…” – Didakwa Scam Peminat, Ini Penjelasan Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul tampil dengan single terbaharu yang diberi judul Aina Abdul.

Menariknya, Aina Abdul merupakan gabungan tiga lagu balada popular Aina iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi.

“Tiga lagu ini digabungkan kerana emosinya yang saling berkait dan sesuai untuk ditampilkan dalam sebuah karya. Di awal lagu dimulakan dengan melodi Sumpah, diikuti dengan Semalam dan diakhiri dengan Sepi.

“Emosi dari gabungan tiga lagu ini menceritakan figura wanita yang kuat meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perjuangan seorang diri. Sesuai dengan mesej Sumpah yang mengetengahkan hal kesihatan mental, Semalam pula memberi fokus kepada konflik masalah rumah tangga, manakala Sepi pula mengenai self-empowerment.

“Saya jadikan kesusahan perjalanan karier seni sebagai fokus mesej utama lagu Ain Abdul. Alhamdulillah, apabila tiga buah lagu ini digabungkan, hasilnya menjadi dan Aina bangga dengan mashup ini,” katanya.

Melancarkan single ini pada 16 September, Aina juga menerima beberapa komen negatif kerana ada segelintir yang beranggapan karya yang dikeluarkan adalah lagu baharu.

“Saya ada baca banyak ‘mix review’. Ada yang rasa tertipu, ada yang kata saya ‘scam’ dan pelbagai lagi. Bagi saya, semua orang ada pendapat saya tersendiri. Lagu ini juga seperti lagu baharu. Saya juga tak pernah janji kepada sesiapa yang saya bakal mengeluarkan lagu baharu. Ada yang ingat saya keluarkan lagu baharu, rupanya tiga lagu lama yang disatukan.

“Susunan muzik dalam lagu ini juga adalah susunan baharu dan bagi saya, lagu ini seperti lagu baharu. Tapi, saya sendiri faham kepada mereka yang tak dapat merasakan ‘hype’ yang sama seperti saya, saya bersedia untuk terima komen sebegini.

“Tak salah mereka fikir begitu tetapi bukan niat saya untuk menipu mereka. Saya tak fikir saya tipu sesiapa kerana saya sukakan produk akhir yang disampaikan dalam lagu ini, saya gemarkan bunyi lagu ini, kualitinya serta produk keseluruhan. Saya nak buat sesuatu yang berbeza dalam portfolio saya.

“Tetapi, dalam komen negatif, ada juga komen positif. Saya sendiri tak rasa saya membazir kerana saya rasa bangga dengan hasil kerja saya ini. Saya percaya dengan kreativiti dan selepas ini Insya-Allah akan ada banyak lagi lagu menyusul. Lagu untuk dikeluarkan pada tahun 2022 pun saya dah siap.

“Ada yang tanya mana lagu baru saya? Tak ada idea ke buat lagu seperti ini? Doakan saya sentiasa ada idea dan yang pasti akan ada banyak lagu di masa akan datang. Tunggu tau, Insya-Allah,” kata Aina lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Jul 2023
Featured Thu, 9 Dec 2021

V BTS Tak Sengaja Follow Jennie BLACKPINK Di Instagram, Ramai Peminat Kecewa & Marah.. Sampai Ada Yang Kecam!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-Pop popular BTS telah mula membuka akaun Instagram individu mereka. Belum sampai seminggu, sudah berlaku kontroversi apabila salah seorang dari ahli BTS, V mengikuti Jennie dari kumpulan BLACKPINK. Seperti ahli-ahli BTS […]

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Takaaki Terry Bakal Saingi Bakat Faizal Tahir?

Dengan bakat menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

Trending Sat, 13 Jun 2020
Trending Thu, 15 Apr 2021
Featured Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Trending Sun, 24 Mar 2019

Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Minta Izin Mahu Main Anak Patung Sebelum Jalani Pembedahan Czer, Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak