Hiburan By: Padin September 21, 2021 @ 7:00pm

“Mohon Tak Payah Datang Malaysia Lagi” – Selamat Berhijrah Ke Bali Bersama Keluarga, Nourul Depp Jadi Mangsa Buli Siber Netizen

Berhijrah ke Bali, Indonesia bersama keluarga, penyanyi Nourul Depp menjadi mangsa buli siber oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.

Mendedahkan perkara terbabit di salah satu hantaran Instagram miliknya, Nourul kesal dengan sikap segelintir wargamaya yang keterlaluan.

Nourul mendedahkan tangkap layar skrin mesej yang dihantar oleh seorang netizen yang memberikan komen melampau berkenaan dengan penghijrahan dia dan keluarganya ke Indonesia.

“What do you think? Kalau berada di tempat kami, apa hangpa rasa? Just luahkan. Kesian mental sesetengah manusia dan kesian juga mental mereka yang sering terkena dengan manusia bitter macam ni.

“Maaflah. Terpaksa letak juga. Terfikir, kalau kami kena, orang lain lagilah. Dalam masyarakat kita, ramai yang bagi tahu ada kena macam ni selalu.

“Sama ada dia bitter atau joke keterlaluan untuk perhatian. Perlukah cyber bully begini wujud? Macam mana nanti kesan mental anak-anak kita apabila mereka ada media sosial nanti jika masih ramai bersikap begini,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Nourul juga memohon agar semua pihak mengambil iktibar mengenai apa yang dikongsikan olehnya.

“Dia sakit kan hati kami, dia sakitkan juga hati followers kami. Dia berdosa bukan dengan kami saja. Tetapi dengan semua pengikut dan semua yang sayang kami.

“Susunlah langkah nanti nak minta ampun dari kami semua. Hati-hati kalau sakitkan hati manusia. Bila nama manusia, kita ada komuniti di belakang kita. Kalau selebriti, ramailah pengikutnya. Jenuh letih nanti di sana nak cari siapa yang dah kita sakitkan.

“Semoga ambil iktibar. Keterlaluan sedih dengan keadaan atau berjenaka? Pada siapa kita nak report untuk cyber bully? Mohon tag badan-badan tertentu agar mereka ini berubah sikap atau langsung tak boleh gunakan media sosial,” tulisnya lagi.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab mengikut suaminya, Eric Daniel Depp berhijrah ke Bali, Indonesia untuk memulakan hidup baharu.

Turut membawa bersama anak-anak mereka, Zachary, Raphael dan Isabella kini menjalani kuarantin di Jakarta sebelum berpindah ke Bali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Jun 2021

Kelulusan Automatik Moratorium & Bayaran Balik Ansuran 50 Peratus Buat Peminjam Terkesan

Berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan akan memberi jaminan kelulusan secara automatik bagi moratorium dan pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus kepada peminjam yang terkesan . Menurut […]

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Akui SS, Sabar dan Reda adalah kemenangan terbesar…

Featured Thu, 11 May 2023

Suka Buat Dua Kerja, Syafiq Farhain Jadi Bomba Sebagai Jaminan Masa Depan?

Min memang respect orang yang pandai manage masa buat dua kerja ni

Trending Sun, 14 Mar 2021
Contest Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gara-gara Berat Badan, Aishah Tak Lalu Makan

Jangan sampai jatuh sakit ya?

Featured Mon, 21 Mar 2022