Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 23, 2021 @ 5:19pm

“Suami Yang Bersungguh-Sungguh… Ini Perkahwinan Paling Bahagia” – Jarak Usia Tak Halang Cinta Ibu Tunggal 59 Tahun Dengan Jejaka 22 Tahun

Perkahwinan ibu tunggal enam anak, Norlida Mohamed Salleh, 59, dengan Muhammad Sabree Razaman, 22, mendapat perhatian ramai sejak kisah mereka yang dikongsikan di aplikasi TikTok.

Jarak usia 37 tahun tidak menjadi penghalang cinta Sabree dan Norlida yang sudah mempunyai enam cucu.

Menurut Norlida, dia tidak menyangka perjumpaan kali pertama yang bermula sebagai pelanggan di gerai tempat bekerja kini bertukar menjadi peneman hidup.

Menganggap Sabree antara suami terbaik, ini merupakan perkahwinan ketiga Norlida dan merasakan cinta jejaka itu kepadanya sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Tak semestinya gagal dalam rumah tangga yang lepas buat kita putus asa kerana kebahagiaan perlu dicari.

“Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini… saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah lanjut usia.

“Tetapi disebabkan dia (suaminya) yang bersungguh-sungguh ingin melangsungkan perkahwinan, jadi saya terima,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Norlida, perwatakan suami yang sentiasa mengutamakan keluarga menjadi sebab utama dia memilihnya.

“Ini perkahwinan paling bahagia kerana semua ahli keluarga terima dengan hati terbuka dan memang dari awal rapat dengannya.

“Sejak kenal dulu pun dia tidak pernah meminta malah sekarang suruh jaga kad ATM miliknya untuk kegunaan barangan keperluan kami,” katanya yang kini suri rumah sepenuh masa.

Dalam pada itu, Sabree bekerja sebagai petugas pembersihan SWM Environment bersyukur perkenalan selama dua tahun bersama Norlida akhirnya membawa ke jenjang pelamin selepas melalui pelbagai rintangan.

“Kami selamat bernikah pada 17 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan kepada keluarga isteri yang sentiasa menyokong dari awal hingga ke penghujung.

“Saya harap kami sentiasa bahagia dan diberikan kesihatan yang panjang,” katanya.

Sumber & Foto: Harian Metro / Norlida Mohamed Salleh

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: 109 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan 67 Kes Kematian

Berikutan penularan wabak Coronavirus, KKM Putrajaya menerusi ciapan mengumumkan sebanyak 109 kes baru yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes. Manakala seramai 72 kes pesakit di ICU ( 43 pesakit […]

Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Mahu Terus Hulur Bantuan, Elly Mazlein Sebak Terkenang Nasib Kanak-Kanak Memerlukan

Elly Mazlein sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan kanak-kanak.

Featured Wed, 30 Jul 2025
Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Rebecca Nur Al Islam Panggil Bonda Rozita ‘Kakak Iparku’, Ibu Aliff Syukri Didakwa Dah Kahwin Baru?

Status Bonda Rozita jadi perhatian, sosok lelaki didakwa abang Rebecca Nur Al Islam

Featured Sat, 11 Oct 2025

Digelar Bibik Gara-Gara Masak Untuk Suami, Atikah Suhaime Tampil Bersuara!

Pelakon Datin Atikah Suhaime tampil menempelak segelintir netizen yang kurang sopan menggelarnya sebagai ‘bibik’ meskipun berkahwin dengan orang berada.

Featured Mon, 15 Jun 2026

Persembahan Sentiasa Di Luar Kotak, Aisha Retno Hargai Usaha Anggrek Pilih Jadi Rakan Duet

Aisha Retno menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila dipilih oleh Anggrek sebagai rakan duet untuk beraksi di pentas akhir sebuah program realiti nyanyian. 

Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Wed, 1 Jul 2026

Foto Dengan Wanita Di Bali Cetus Spekulasi, Meerqeen Minta Netizen Henti Buat Andaian – “Ramai Orang Dekat Situ, Dia Bukan GF Saya”

Meerqeen turut berharap orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas dan tidak terus membuat andaian terhadap dirinya hanya berdasarkan sekeping gambar yang tular

error: Content is protected !!