Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 29, 2021 @ 6:31am

Puja Jadi Harapan Baharu Ika Mustafa

Ika Mustafa mungkin nama baru bagi sesetengah orang, namun beliau sudah lama berada di dalam industri muzik ini.

Sebelum ini beliau pernah melahirkan beberapa buah single antaranya ialah lagu Damaikanlah yang menjadi runut bunyi kepada sebuah drama dan mendapat tontonan di YouTube sebanyak 665,000 sehingga hari ini.

Situasi pandemik masa kini tidak menjadi penghalang kepada Ika untuk terus berkarya apatah lagi dengan pengalaman beliau menjadi suara latar kepada lagu artis-artis di bawah komposisi Audi Mok.

Semangat beliau menghasilkan single Puja perlu diberi pujian kerana beliau telah merakamkan lagu tersebut sendiri di rumah.

Selesai rakaman, hasil tersebut terus diberikan kepada Audi Mok, Shazee Ishak dan Tysha Tiar yang juga merupakan komposer dan penulis lirik serta penerbit lagu tersebut untuk ditambah baik untuk menjadikan lagu yang lengkap.

“Sememangnya pandemik ini benar-benar menguji kita semua namun dalam masa yang sama membuatkan kita menjadi lebih kreatif. Ika sudah lama menunggu untuk melancarkan lagu baharu, namun asyik terhalang.

“Jadi, bila dapat peluang yang sebegini dibantu dengan teknologi yang maju sekarang ini membuatkan semuanya menjadi kenyataan. Ika harap lagu Puja ini berjaya menambat hati semua pendengar dan terus memberikan sokongan kepada Ika dan lagu ini,” katanya.

Lagu Puja ini boleh mula didengar di semua pelantar digital bermula 10 September 2021. Lirik video juga telah dilancarkan pada 14 September 2021 lalu di saluran Youtube Alternate Records & Talents

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Mar 2022

Tak Tinggalkan Dunia Seni, Saharul Ridzwan Ikut Sunnah Apabila Ceburi…

Saharul tak menolak sebarang tawaran berlakon, tetapi bergantung kepada…

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

PEGANG MIKROFON TERBALIK, PROPA KE KHAI?

Kejadian itu menyebabkan  dia sendiri tidak sedar bahawa tindakannya itu mengundang malu lebih-lebih lagi program tersebut bersiaran secara langsung dan semestinya ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!