Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 1, 2021 @ 1:33am

Ibu Arwah Abam Bocey, Ali Puteh Meninggal Dunia

Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad meninggal dunia pada jam 11.54 malam semalam (Khamis).

Sabariah, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang.

Menurut laporan Gempak, wakil keluarga Ali memaklumkan Sabariah diserang asma dan dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu.

Difahamkan, Sabariah juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.

“Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infonya,” kata wakil tersebut.

Berita pemergian arwah ibu Ali juga dimaklumkan oleh rakan pelawak, Achey di hantaran terbaru Instagram miliknya.

Pada Disember 2020, Sabariah pernah dikejarkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Salam takziah dari Xtra untuk Ali dan seluruh ahli keluarga, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber: Gempak, Instagram Achey

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Featured Sat, 24 May 2025

Pempengaruh Ditahan Polis Hantar Mesej L*cah Pada Remaja Bawah Umur

Lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap bagi membantu siasatan.

Trending Wed, 14 Mar 2018

Hanya Kerana Salah Mesej Hantar, Hidup Terus …

Hanya kerana salah hantar mesej, kanak-kanak ini mendapat satu perkhabaran gembira,

Featured Tue, 2 May 2023
Trending Wed, 21 Jul 2021

Keberkesanan Vaksin Sinovac & Pfizer Adalah Sama – Dr Noor Hisham

so, jangan was-was k! Kita sama-sama ikhtiar♡

Trending Mon, 24 Jul 2023

Produk Anti-Jerawat Ini Viral Di Sosial Media, Kenapa Agaknya?

Anda yang rajin scroll TikTok dan Instagram mesti perasan yang sekarang ramai pakar serta pengguna sosial media rajin berkongsi tips penjagaan kulit melalui sosial media mereka. Selain tips berguna mereka juga sering kongsikan rangkaian produk […]

error: Content is protected !!