Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 8, 2021 @ 5:30pm

Semak Cara & Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC Anda Bermula…

Kepada penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang berstatus gagal kredit atau yang tiada maklumat akaun bank sebelum ini, pihak LHDN memaklumkan agar membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi tujuan bayaran BKC Fasa seterusnya.

Oleh yang demikian, untuk fasa seterusnya pihak LHDN memohon penerima sebelum ini yang berstatus gagal kredit atau tiada maklumat akaun bank agar membuat kemaskini akaun bagi memudahkan urusan pembayaran.

Kemas kini Maklumat Akaun Bank BKC

Bagi mereka yang menerima status kredit “GAGAL KREDIT” melalui semakan Bantuan Khas Covid-19, anda boleh membuat kemas kini melalui dua cara iaitu;

  1. Secara dalam talian
  2. manual

Sekiranya ingin kemas kini secara dalam talian (online), boleh berbuat demikian melalui portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/

Akaun bank yang hendak dikemaskini hendaklah akaun bank berstatus aktif.

Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Terlupa password?

Sekiranya pemohon terlupa  kata laluan /password akaun BKC bolehlah ikuti langkah berikut;

  1. layari portal MyBKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my/
  2. Sekiranya terlupa password BKC, anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: a)Bagi mereka mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian;
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu

    b) Bagi mereka yang tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah

    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank BKC

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/ mulai 9 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.

Tarikh Pembayaran BKC Untuk Fasa 2

Pembayaran BKC untuk fasa 2 adalah pada bulan November 2021.

Tarikh sebenar akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas ini.

Berdasarkan pengalaman bayaran BKC fasa pertama yang lalu, proses pengkreditan Fasa 1 dikreditkan pada awal bulan iaitu pada 6 September dan selesai sekitar 10 September 2021.

Oleh yang demikian, berkemungkinan juga proses pengkreditan fasa 2 pada awal bulan ataupun bergantung kepada pengumuman kerajaan selepas ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ (soalan lazim) di laman portal https://bkc.hasil.gov.my/

 

 

Sumber: LHDN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 May 2020
Featured Wed, 25 Sep 2019
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Senario Beri Penjelaskan Ketiadaan Pak Ya – “Kami Dah Berbincang, Ini Atas Permintaan….”

Kumpulan Senario tampil memberi penjelasan mengenai ketiadaan pelawak Ilya Buang atau Pak Ya.

Featured Wed, 4 Dec 2024

Aedy Ashraf Bangga Dapat Bawa Dialek Kelantan – “Tiba Masanya Cerita Pada Malaysia Tentang Asal Usul Saya”

walaupun lahir di Kelantan dan membesar dibanyak tempat, itu tidak menjadi masalah untuknya bertutur dalam loghat tersebut.

Kes Mahkamah Tue, 16 Apr 2024
Hiburan Sat, 27 Jul 2024
Featured Wed, 19 Mar 2025

Lepas Muat Naik Gambar Bersama Bapa, Shila Amzah Luang Masa Berbuka Puasa Bersama Fauziah Sarman – “Date Dengan Mak Pula”

Shila Amzah juga dilihat memuat naik foto meluangkan masa bersama ibu dan suaminya, Ubai MZ berbuka puasa.

Trending Fri, 9 Feb 2018

10张错觉照片挑战你的视觉神经

「视觉错觉」是指视觉欺骗我们的大脑,感知到的物体的尺寸和颜色不同于真实的物体的情况。在网路中,有许许多多这样的例子,现在我们列出一些图片,你会看到不同的东西,一起来挑战你的大脑,去发现被欺骗的那些现象吧!

error: Content is protected !!