Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Trending By: Attiqah Mohd October 7, 2021 @ 5:18pm

Tular Isu Sihir Gambar Wanita DI TikTok, Ini Respons Caprice

Baru baru ini, isu mengenai ritual yang didakwa sebagai sihir secara maya tular dalam kalangan netizen di platform TikTok.

Lebih mengerikan, ritual itu dilakukan bersama patung voodo dan gambar beberapa mangsa secara atas talian.

Isu tersebut mendapat perhatian ramai selebriti termasuk rapper dan usahawan Caprice.

Menerusi laman Instagram, Caprice memberikan pendapat beliau secara terbuka dan berharap agar ada badan khusus yang ditubuhkan untuk membanteras ilmu hitam ini.

“Masalah sihir dan santau dari zaman ‘atok moyang’ Caprice hinggalah zaman Facebook masih ada,” katanya.

Malah, Caprice turut memberi cadangan agar pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius mengenai perkara ini.

“Kalau orang biasa boleh cari bomoh, takkan task force pakar bab ni tak boleh tangkap,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan Caprice malah turut meninggalkan pengalaman mereka sendiri berdepan dengan perbuatan ilmu hitam ini.

Tak kurang juga yang berharap agar kerajaan mengambil pendekatan secara lebih serius dan menubuhkan lebih banyak institusi keagamaan bagi membanteras isu ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Events Fri, 9 Dec 2022
Featured Wed, 30 Nov 2022

Kongsi Tip Di TikTok, Slurpee Crank Dedah Investment Terbaik Untuk Bahagia Adalah…

Pempengaruh Slurpee Crank sentiasa berjaya meraih perhatian dengan kata-kata positifnya yang dapat menyuntik semangat warganet. @slurpeecrankKau tak happy dengan hidup? Tengok ni♬ original sound – slurpee_crank Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Slurpee di laman TikTok, […]

Featured Fri, 26 Jul 2024
Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Mon, 29 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Kay & Ika Tersingkir, Ada Pasangan Dapat Restu Kahwin? Jom Recap Episod 5!

Episod kelima Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta agung berlangsung pada malam tadi. Episod terbabit telah menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena, Pasya & Puteri, Kay & […]

Hiburan Sat, 1 Oct 2022
error: Content is protected !!