Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 11, 2018 @ 5:11am

Maut Akibat Buah, Awas Penggemar ‘Rockmelon’

Korang penggemar ‘Rockmelon’? Hati-hati ketika membeli guys…

Buah yang diimport dari luar ini dilaporkan mengandungi bakteria sekaligus menyebabkan cirit birit tidak teruk dan demam dalam tempoh beberapa hari.

Setakat ini, seramai tujuh orang dilaporkan maut dan keguguran selepas makan tembikai yang mengandungi bakteria listeriosis ini!

Difahamkan ‘rockmelon’ yang dibawa dari Australia ini telah dieksport ke sekurang-kurangnya sembilan negara termasuk Malaysia dan Singapura.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ‘rockmelon’ atau ‘cantaloupe’ sudah dihantar ke Hong Kong, Jepun, Kuwait, Malaysia, Oman, Qatar, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain mungkin turut sampai ke Seychelles, kata kenyataan WHO.

Antara 17 Januari hingga 6 April lalu, Australia melaporkan 19 disahkan dan satu kemungkinan kes jangkitan listeriosis, semuanya dirawat di hospital. Tujuh daripada mangsa meninggal dunia.

WHO berkata, bakteria dikenali Listeria monocytogenes berpotensi mempunyai tempoh pengeraman panjang, biasanya satu atau dua minggu namun berkemungkinan sehingga 90 hari, justeru lebih banyak kes mungkin dilaporkan.

“Kes di negara terjejas masih dikenal pasti,” kata WHO.

Pengeluar tembikai Australia, yang tidak dinamakan WHO, memanggil semula buahan itu pada 27 Februari lalu.

Pada 2 Mac lalu, pihak berkuasa Australia mendapati tembikai dikeluarkan syarikat terbabit sudah dieksport dan mereka menghantar butiran pemakluman menerusi Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa kepada negara terbabit.

“Dipercayai, punca wabak adalah akibat gabungan keadaan persekitaran dan cuaca yang mencemarkan permukaan buah, dengan paras rendah bakteria masih tinggal selepas proses pembersihan.

“Penanam terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan kembali membekalkan tembikai wangi bermula 2 April lalu selepas ujian bebas bakteria di kawasan tanaman,” katanya.

Namun ia juga mencetuskan keadaan teruk seperti septisemia dan meningitis di kalangan individu berisiko tinggi seperti wanita hamil, bayi, warga emas dan mereka yang sedang menjalani rawatan untuk kanser, AIDS atau pemindahan organ.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

[VIDEO] Tindakan Spontan Datuk Red Cium Kepala Adira Suhaimi Buat Ramai Terkejut

Masih dalam iddah lagi kan? Datuk Red terlebih semangat tu

Trending Sun, 6 Jan 2019

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Hiburan Mon, 21 Oct 2024

“5 Tahun Berlakon, Saya Tak Pernah Ada Kontroversi” – Siti Khadijah 

Kadang kala tak perlu ada kontroversi pun untuk jadi popular kan 😌

Trending Mon, 30 Jul 2018

Peminat Sukan Hiking, Iesmawadi Temui Ajal Sejurus Tawan Gunung Rinjani

Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, temui ajal selepas beberapa jam menawan puncak Gunung Rinjani.

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Wed, 22 Jan 2025

[VIDEO] Kena Kecam, Warganet Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lur*h

Ini bukan kali pertama Sophia tepalit dengan isu sama membabitkan penampilannya.

error: Content is protected !!