Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 11, 2021 @ 8:30pm

Isu Kru Dijangkiti Covid-19, Pelakon Positif Dadah: “Kerajaan Bagi Kebenaran, Patuhi SOP” – Fadzil Teh

“Saya harap isu yang timbul tidak membuatkan pihak berwajib menarik balik kebenaran untuk kami meneruskan penggambaran,” begitulah kata-kata penerbit popular, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang sedang hangat diperkatakan melibatkan warga industri kreatif.

Insiden membabitkan dua produksi berasingan yang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak menarik perhatian ramai.

Insiden pertama melibatkan dakwaan mengenai tenaga kerja yang pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapati tujuh orang dalam produksi tersebut sudah dijangkiti Covid-19.

Timbul dakwaan terdapat antara mereka yang terbabit sengaja memberi info tidak benar kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila disoal semata-mata untuk melepaskan diri.

Insiden kedua pula melibatkan seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun bersama pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar.

ARTIKEL BERKAITAN: Positif Dadah: Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Di Kuala Kangsar

“Kadang-kadang, ada antara kita alpa dan ada segelintir pihak tidak ambil berat mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Saya juga keliru kerana setiap produksi ada melantik Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang mendapat perakaun khas dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“PPP bertanggungjawab bagi memastikan pematuhan Protokol Gelembung Penggambaran dan semua SOP yang ditetapkan dipatuhi oleh pihak produksi. Mungkin ada salah silapnya tetapi perkara ini harus dijadikan pengajaran.

“Berkenaan dengan kes dadah pula, saya sendiri tak faham kenapa ada segelintir pekerja industri kreatif memang tak boleh lari daripada masalah tersebut.

“Ibarat tak boleh dipisahkan… Saya rasa kasihan dengan pelakon dan krew lain dalam produksi yang terbabit kerana insiden ini pastinya menyusahkan ramai pihak.

“Saya berharap ia tidak menjejaskan penerbit dan produksi yang lain kerana industri kreatif baru sahaja nak bernafas.

“Lama nak tunggu kerajaan benarkan sektor kreatif beroperasi semula, jadi apabila kebenaran diberikan, janganlah persiakan ia, patuhilah SOP,” kata Fadzil ketika dihubungi Xtra.

Dalam perkembangan lain, pemilik rumah produksi Zeel Productions itu kini sedang giat menyiapkan drama bersiri Tahyul yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3.

“Alhamdulillah, kini semuanya kembali pulih. Penggambaran sudah lama tertangguh akibat wabak dan kami mengejar masa untuk menyiapkan projek ini. Namun begitu, itu bukan alasan untuk kami abaikan SOP.

“Insya-Allah, kami akan pastikan semua peraturan dipatuhi dan penggambaran berjalan lancar,” katanya lagi,

Tahyul menampilkan lakonan bintang muda iaitu Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly dan ramai lagi.

Naskhah ini bakal menemui peminat bermula esok, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Apr 2020

Fidyah Wajib Dibayar, Ini Cara-Caranya

Yang nombor 5 tu antara kes kerap..

Featured Sat, 7 Jul 2018

Anak Kylie Jenner Masih Belum Boleh Jalan, Tapi Dah Ada Koleksi Kasut Bernilai RM88,880!

Kita yang daripada golongan marhaen ini hanya boleh mimpi.

Trending Fri, 31 Jan 2020

Kerajaan MALAYSIA akan sumbang 18 juta sarung tangan untuk Wuhan

Dalam usaha untuk membantu China menangani wabak Coronavirus, Malaysia tidak terkecuali menghulurkan bantuan sebagai negara ‘sahabat’. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata kerajaan akan sumbang 18 juta sarung tangan ke Wuhan sebagai satu inisiatif bantu China […]

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Tue, 27 Jan 2026
Featured Fri, 26 Aug 2022

Mahu Mencari Ketenangan, Marshanda Belum ‘Ready’ Kahwin Kali Kedua

Tenang-tenang ajaaa dulu ya Caaaa! Usah ribut kawin dulu ar💐

error: Content is protected !!