Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2021 @ 1:22pm

“Macam Prince Mateen, New Crush Unlocked!” – Thomas Cup Punca Nur Izzuddin Rumsani Jadi Rebutan

Aksi pantas dan hebat anak muda berasal dari Johor, Nur Izzuddin Rumsani, 24, pada kejohanan Piala Thomas 2020 yang berlangsung di Arena Ceres, Denmark pagi tadi ternyata mencuri perhatian.

Aksi perlawanan Kumpulan D diantara Malaysia dan Kanada ini melihatkan Nur Izzuddin digandingkan bersama Soh Wooi Yik  menentang pasukan badminton beregu Kanada Philippe Charron dan Maxime Tetreault dengan kemenangan 21-7, 21-10.

Namun, siapa sangka disebalik persembahan cemerlang yang ditunjukkan anak muda ini, rupa-rupanya sudah ramai netizen diluar sana yang ‘angau’  dengan wajah kacak yang dimilikinya.

“Fuh, ni handsome, new crush unlocked!”

Menerusi hantaran seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @imanmulamemasak,  beliau telah memuat naik sebuah video  kompilasi aksi Izzuddin ketika bermain badminton.

Selain itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen memuji dan menyamakan ketampanan Izzuddin seperti Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen.

Malah, video yang hanya berdurasi 19 saat itu kini telah ditonton sebanyak 180,000 tontonan dan lebih dari 24,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jun 2026

Mahu Luaskan Pengaruh Muzik Di Malaysia, Ryzall Noh Pertaruh Natijah Cinta

Penyanyi berasal dari Singapura, Ryzall Noh muncul dengan Natijah Cinta.

Featured Wed, 2 Nov 2022

Pesanan Ustazah Asma Harun Buka Mata Wargamaya – “Sahabat Yang Baik Sentiasa Bersama”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana memberi sedikit pencerahan berkaitan sahabat sejati. @kittymeow656 Assalamualaikum.. #dakwah #islam #ustazahasmaharun #sahabat #allah #subhanallah #alhamdulillah #foryou #sahabatsejati #fyp ♬ original sound – Lina 442 […]

Trending Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Sun, 8 Dec 2024
Hiburan Wed, 7 May 2025
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

“Happy Birthday B***”, Ayah Dua Lipa Dikecam Netizen Malaysia?

Dua Lipa lantas menukar caption tersebut tanpa membalas komen yang ditinggalkan. Namun, terdapat segelintir rakyat di negara ini berasa malu dengan tindakan sesetengah netizen Malaysia yang tidak tahu menghormati bahasa ibunda negara lain

Featured Sat, 26 Mar 2022
error: Content is protected !!