Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah October 16, 2021 @ 1:47pm

“Kita Akan Masuk Ke Rumah & Suntik Ketika Mereka Tidur”- Presiden Filipina Mahu Ketuai Misi Cucuk Vaksin Kepada Golongan Anti-Vaksin

Baru-baru ini, presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu solusi untuk menghapuskan golongan antivaksin dengan menyuntik vaksin Covid-19 ketika mereka tidur di rumah.

Duterte berkata, kadar vaksinasi harus segera meningkat supaya kerajaan dapat mencapai 50 peratus sasaran penduduk yang sudah divaksin pada hujung tahun.

Setakat ini, jumlah rakyat Filipina yang telah mengambil vaksin adalah 23 peratus.

“Masalah sekarang adalah mereka yang tidak mahu mengambil vaksin. Tolong cari mereka di kawasan rumah anda.

“Mari kita pergi sana ketika mereka tidur dan suntik meraka supaya kita boleh selesaikan masalah ini dengan segera. Saya akan memimpin misi ini,” kata Duterte.

Walaupun begitu, pengambilan vaksin Covid-19 di Filipina adalah tidak wajib.

Menurut Jabatan Kesihatan Filipina, individu perlu menandatangani dokumen kebenaran untuk menyuntik vaksin.

Duterte mengakui bahawa kerajaan gagal untuk mencari pengedar vaksin yang boleh menjual vaksin kepada mereka dimana ia telah menyebabkan Filipina kehabisan vaksin pada awal tahun lalu.

Duterte merupakan presiden yang sangat menitikberatkan pengambilan vaksin kepada rakyat Filipina dan kadang-kadang caranya untuk memastikan rakyat menyuntik vaksin agak brutal.

Ini bukanlah ugutan yang baru dilakukan oleh Duterte. Sebelum ini, Duterte pernah memberi pilhan kepada penolak vaksin sama ada mereka masuk penjara atau amik vaksin.

Presiden Filipina ini turut mengugut untuk menyuntik vaksin babi kepada golongan antivaksin kerana mereka berpotensi untuk membawa virus dan menjangkiti orang sekeliling, lapor Inquirer.net.

“Mereka ini adalah orang bodoh yang tidak mahu divaksin. Jika anda tidak mahu divaksin saya akan suntik anda dengan vaksin babi. Vaksin itu akan benar-benar membunuh virus dan anda sekali,” kata Duterte dalam ucapan mingguannya pada Jun yang lalu.

Adakah anda akan berasa gerun jika kita mempunyai pemimpin yang sangat ganas seperti Rodrigo Duterte?

Kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Apr 2022
Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Sweet! A. Aida Dilamar Pelakon Muda

Majlis resepsi pula berkemungkinan akan diadakan di rumah percutian di Janda Baik, Pahang pada pada 20 April tahun depan sempena tarikh hari lahir A. Aida.

Trending Wed, 13 May 2020

Tidak Pernah Keluarkan SOP Ziarah Beraya – MKN

Hati-hati dengan berita palsu guys..

Hiburan Mon, 17 Jul 2023
Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Bertambah Lagi Princess, Izara Aishah Selamat Timang Anak Ketiga

Izara Aishah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.

Featured Mon, 1 Apr 2024

“Nak Dapatkan Syurga Allah Kan Penat?” – Umie Aida Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah

Setuju! Nak raih syurga Allah bukan mudah, hati kena cekal dan kuat❤️❤️❤️

Trending Sun, 20 Dec 2020
error: Content is protected !!