Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 10, 2026 @ 5:00am

Bertambah Lagi Princess, Izara Aishah Selamat Timang Anak Ketiga

Pelakon Izara Aishah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, sekali gus menambah seri dalam keluarga.

Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu mentuanya, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi satu perkongsian ringkas di media sosial, semalam.

“Alhamdulilah, bertambah lagi princess dalam keluarga kami. Masya’allah Tabarakallah,” tulisnya di ruangan Instagram Stories.

Bagaimanapun, Siti tidak berkongsi butiran lanjut mengenai keadaan Izara mahupun bayi yang baru dilahirkan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

Sebelum ini, sekitar awal Februari lalu, berita kehamilan Izara mula menjadi perhatian apabila ia didedahkan menerusi satu hantaran jenama fesyen yang bekerjasama dengannya bagi koleksi Hari Raya.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perbuatan Yang Disengajakan Tak Layak Dimaafkan, Memaafkan Itu kerja Tuhan” – Izara Aishah

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia enam tahun serta Amara Amina, dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Salman Khan Ke Penjara Lima Tahun

Salman didapati membunuh dua haiwan spesies terancam itu pada September 1998 di Kankani, Jodhpur ketika penggambaran filem Hum Saath Saath Hain.

Trending Tue, 24 Mar 2020

Eina Azman Berang Dituduh Pentingkan Diri Borong Enam Troli Barang

Pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman bertindak “menyelar” tindakan seorang pengguna Instagram yang mendakwa dirinya mementingkan diri kerana berbelanja besar semasa tempoh Kawalan Pergerakan ketika ini.  Menurut Eina,25, dia tidak menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya […]

Trending Tue, 12 Mar 2019
Hiburan Tue, 10 Sep 2024
Featured Wed, 20 Aug 2025
familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram   […]

error: Content is protected !!