Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 21, 2021 @ 2:09pm

Juara Carta RIM 6 Minggu Berturut-Turut, Joe Flizzow Puji Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir

Penyanyi rap popular, Joe Flizzow memuji sifat berani bintang hip hop generasi kini, Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf Nasir yang memastikan karya mereka memiliki nilai estetika berkualiti.

Lagu nyanyian Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf, Tak Sangka mencipta sejarah tersendiri apabila kekal unggul di tempat pertama carta berprestij Carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia atau Carta RIM selama enam minggu berturut-turut.

Biarpun baru sahaja dilancarkan sebulan lalu, lagu terbitan Def Jam Malaysia ini mempunyai aura tersendiri.

Selaku Pengarah Urusan Def Jam SEA, Joe menyifatkan kejayaan itu menjadi alibi betapa muzik hip hop tempatan kian tinggi martabatnya.

“Bagi saya kejayaan lagu ini membuktikan bahawa generasi baru pemuzik hip hop di Malaysia mempunyai kematangan dan keberanian dalam penghasilan karya mereka. Ia juga menunjukkan bahawa peminat dan pendengar di negara ini amat menghargai lagu-lagu rap tempatan. Syabas kepada Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf,” katanya.

Berkongsi pencapaian manis itu, Yonnyboii mengakui kerja-keras mereka untuk merealisasikan lagu itu sebelum ini ternyata sangat berbaloi.

“Sejujurnya kami bertiga memang tak sangka tapi pada masa sama memiliki keyakinan yang cukup tinggi terhadap lagu Tak Sangka selama ini. Persiapan yang kami buat pun bukan calang-calang. Walaupun banyak perancangan kena tunda disebabkan Covid-19, Alhamdulillah kami dapat lancarkannya pada masa yang sangat tepat. Lagu ini cukup istimewa untuk saya dan pasukan sendiri disebabkan ia kolaborasi pertama kami bertiga,” katanya.

Bagi Zynakal pula, dia menyifatkan projek itu memberi 1,001 makna buatnya secara peribadi. Bukan sekadar meraikan pencapaian sambutan luar biasa itu, namun dia akui prosesnya mengajar dia banyak perkara. Apalagi, dia sendiri baharu pertama kali bekerjasama dengan Asyraf.

“Alhamdulillah kami bertiga tak sangka yang lagu ini akan memberi impak kepada kami dan bersetuju bahawa Tak Sangka banyak membantu kami. Pencapaian ini disebabkan keserasian kukuh antara kami. Sewaktu proses pembikinannya, itulah kali pertama saya berjumpa Asyraf dan terus boleh bekerjasama dengan begitu padu,” katanya.

Menurut Asyraf pula, dia berharap Tak Sangka bakal menjadi ‘trademark’ atau ‘signature’ untuk tahun ini sebagai lagu semangat. Baik pendengar hip hop tegar ataupun dari pelbagai lapisan usia lain kerana lagu ini untuk semua. Menurutnya, dia teringin melihat lagu ini ke acara anugerah dan pentas lebih besar jika ada rezeki.

“Bagi saya, ia (kekuatan) terletak pada ramuan-ramuan dalam lagu ini sebab Yonnyboii dan Zynakal sendiri ada stail berbeza, begitu juga saya. Walaupun terdapat perbezaan, kami bertiga ada suara hati yang sama. Itu adalah antara kekuatan utama selain irama muziknya adalah bukan irama hip hop yang klise,” katanya.

Menurut Pengarah A&R & Pemasaran dan Ketua Def Jam Recordings Malaysia, Hermond Cheng, pencapaian itu cukup besar maknanya buat mereka.

“Kami memang tahu betapa berbakat dan besar potensi tiga penyanyi muda itu dalam membawakan angin segar dalam industri muzik. Tak Sangka juga antara karya yang kami sangat yakini mampu cipta evolusi. Jelas ia terbukti dengan pencapaian terbaru itu dan semestinya dalam pada tidak jangka, kami sangat bangga mengenainya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 27 Aug 2020

Larangan Rentas Daerah Di Kedah

Kita tunggu jelah keputusannya nanti okay!

Featured Tue, 7 Mar 2023

[VIDEO] Baby Shima Ajak Amir Ahnaff Gelek, Netizen Suruh Lari!

Amboi Baby Shima cuba masuk line ke tu?

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga

Featured Tue, 24 May 2022
Featured Fri, 26 Apr 2024
Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Tahniah! Wanna Ali Selamat Bersalin Anak Lelaki

Wanna Ali selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.7 kilogram.

Trending Wed, 20 Jan 2021

Selangor Umum Pakej Khas Bantu Rakyat, Fokus Kepada B40, Warga Emas Dan Mahasiswa

Pakej Kita Selangor pastinya memberi banyak kebaikan buat rakyat!

Featured Sat, 1 Mar 2025

Individu Wanita Dedah Pelakon Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Siap Hulur Duit Minta Gugurkan Kandungan

Seorang pelakon lelaki didakwa enggan bertanggungjawab selepas menyebabkan seorang wanita hamil.

error: Content is protected !!