Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 21, 2021 @ 3:16pm

Ejen Ali Musim 3 Usahasama Penerbitan Julung Primeworks Studios, Wau Animation & Disney+ Hotstar

Bersiap sedia Ejen, kami menerima intel terkini untuk misi seterusnya, Ejen Ali Musim 3 akan menemui anda semua di skrin terdekat tidak lama lagi!

Primeworks Studios, sebuah anak syarikat penerbitan kandungan Media Prima dan WAU Animation mengumumkan buat julung kalinya sebuah usahasama penerbitan produksi siri animasi Ejen Ali Musim 3 bersama Disney+ Hotstar.

Usahasama ini merupakan penanda aras yang sangat membanggakan dan pencapaian yang mengagumkan untuk industri animasi Malaysia, kerana Ejen Ali merupakan harta intelek animasi Malaysia yang pertama terpilih untuk kerjasama produksi oleh Disney+ Hotstar, salah satu platform striming terbesar di dunia. Siri animasi yang turut merangkul pelbagai anugerah ini dijangka akan muncul di layar skrin anda pada tahun 2022 di empat buah negara; Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Dalam Ejen Ali Musim 3, Ejen Ali dan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA. Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa orang rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa. Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang Ejen MATA yang hebat, namun pelbagai halangan terpaksa diharunginya setelah dipisahkan dari gajet IRIS. Sementara itu, Ejen Rizwan kembali untuk membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandaraya Cyberaya.

Latar belakang cerita dan plot Ejen Ali Musim 3 berlangsung selepas peristiwa dalam Ejen Ali The Movie, yang telah mencipta sejarah dengan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia.

Dengan kejayaan yang telah diukir, WAU Animation terus menjanjikan kualiti piawaian produksi animasi yang terbaik, serta bakal menyajikan penonton dengan penceritaan yang padat dengan aksi dan komedi yang menghiburkan!

Bukan itu sahaja, pelbagai watak yang baharu bakal diperkenalkan, dengan personaliti yang menarik dan setara dengan citarasa para penonton antarabangsa yang lebih meluas di platform striming Disney+ Hotstar.

Selain menekankan semangat perpaduan dan prinsip integriti, siri Ejen Ali Musim 3 akan meneroka penceritaan mendalam yang membawa kesinambungan dalam misi layar lebar akan datang iaitu Ejen Ali the Movie 2.

Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata:

“Kami sangat berbangga kerana berpeluang terlibat dalam perjalanan Ejen Ali sejak awal produksi dan kini menjalinkan perjanjian usahasama penerbitan animasi pertama bersama Disney+ Hotstar, salah satu platform striming hiburan terkemuka dunia.

“Memandangkan salah satu fokus perniagaan kami adalah untuk menyokong perkembangan hasil karya penggiat animasi Malaysia ke pentas global, kami percaya bahawa penerimaan meluas filem dan siri animasi Malaysia membuktikan tenaga kerja seperti WAU Animation dan hasil karya mereka amat berkualiti tinggi.

“Terima kasih Disney+ Hotstar atas peluang usahasama ini dan kami akan terus menyokong penggiat industri hiburan Malaysia serta sentiasa mencari ruang untuk mengembangkan perniagaan kandungan di peringkat tempatan dan antarabangsa.”

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation and Pengarah Ejen Ali, menambah:

“Kami amat berbesar hati kerana Disney+ Hotstar bersetuju menjadi penerbit bersama Ejen Ali Musim 3 kerana ia merupakan sebuah pengiktirafan besar untuk jenama Ejen Ali. Kerjasama ini merupakan sebuah impian tercapai oleh warga WAU Animation dalam usaha kami untuk memperkenalkan seorang watak wira Malaysia yang dicipta mengikut citarasa dan pengaruh budaya tempatan.

“Filem animasi Disney banyak memberi inspirasi kepada kami, oleh itu kami berharap kemunculan Ejen Ali di kalangan watak animasi ikonik Disney pula bakal memberi inspirasi kepada generasi pengkarya Malaysia yang seterusnya. Kami sememangnya tidak sabar untuk melihat reaksi peminat apabila misi Ali seterusnya diumumkan di tahun 2022.”

Layari saluran YouTube rasmi Ejen Ali (wwww.youtube.com/ejenali) untuk menonton Treler Awal (‘teaser trailer’) pertama Ejen Ali Musim 3.

Pra-penjualan untuk siri Ejen Ali Musim 3 untuk pelbagai platform dan wilayah seluruh dunia juga kini tersedia, hubungi wakil edaran Primeworks Studios melalui e-mel di [email protected] untuk maklumat lanjut.

Ejen Ali Misi: Juang, Ejen Ali The Movie dan Ejen Ali musim 1 and 2 boleh di strim sekarang di Disney+ Hotstar!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Sep 2018
Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Trending Sun, 25 Apr 2021
Hiburan Wed, 1 Oct 2025

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi Buat Adik

Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh sebak buat adiknya, Nurul Nazielah

Hiburan Sat, 14 Dec 2024
Hiburan Fri, 18 Apr 2025
Trending Mon, 30 Apr 2018

Provokasi Netizen Bikin Fasha Sandha Bersuara, Bila Kaitkan Bajunya Sama Dengan Nora Danish

Alamak! Fasha Sandha dan Nora Danish pakai baju samalah! Ikutkan memang tiada apa yang pelik kerana baju yang dipakai mereka itu bukan ditempah khas daripada designer.

error: Content is protected !!