Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella October 31, 2021 @ 2:57pm

“Dunia Saya Jadi Blank…” – Anak Sulung Dr Say Shazril Disahkan Autism Tahap Sederhana

Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghidap autism tahap sederhana.

Menurut satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Dr. Say meluahkan perasaan setelah doktor mengesahkan anak sulungya menghidap ‘moderate autism’.

View this post on Instagram

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

“Dr Cindy cekap, tak perlu masa yg lama untuk dia come to a final diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan “moderate” tu. Saya menjangkakan yang Ace hanyalah mild autism sebab bagi saya tak berapa kuat ciri-ciri autisticnya. Dunia saya jadi blank. Saya tak boleh terima.

“On the way back saya terdiam because it’s too much for me to grasp. Soalan yang sama keep on berulang dalam kepala saya “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?”

“Menangis saya sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam penyakit yang makan ubat boleh sembuh but it’s a condition yang akan stay with him lifelong. Tulis ni pun buat saya berlinang air mata,” katanya.

Tambah Dr. Say, ibu dan isterinya melarang berkongsi cerita itu tetapi perkongsian itu dibuat untuk memberi pendedahan terhadap ibu bapa di luar sana tentang perkembangan anak-anak.

“Jangan jadi lalai macam saya, “tak apa bagi masa dulu” atau “biasalah anak lelaki cakap lambat,” pesannya.

Walau bagaimanapun, Dr. Say kini sudah mula menerima kenyataan itu dan cuba membantu sebaik mungkin untuk anaknya.

“Slowly I am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it won’t change the fact that my son is autistic.

“Apa yang kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention. I am lucky and blessed bini peka dengan kelainan Ace awal-awal dulu dan mujur kami dah start terapi awal-awal dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace.

“Insya-Allah November kami akan start terapi Ace sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Mon, 12 Aug 2024
Featured Thu, 22 Jan 2026

“Biawak Tak Boleh Buat Handbag, Cantik Pun Tidak! Jadi Kita…” – Fazura Berseloroh Isu Beg Tangan Diperbuat Dari Kulit Haiwan

Fazura tampil berseloroh ketika menjelaskan mengenai produk beg tangan dibawah jenamanya yang didakwa dibuat menggunakan kulit biawak.

familuv Thu, 25 Oct 2018
Featured Wed, 12 Feb 2025

Shuib Kini Berhutang Puluhan Juta Ringgit – “Banyak Perkara Perlu Diperbaiki”

Namun begitu, Shuib mendakwa perniagaannya masih berada dalam keadaan yang baik.

Featured Mon, 16 Aug 2021

“Tak Ada Job Sangat Ke?”- Johan As’ari Dikritik Gara-Gara Beri Kata Semangat Kepada Muhyiddin Yassin

Pelakon, Johan As’ari meluahkan rasa terkilan beliau apabila dikritik gara-gara memberikan kata semangat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi laman Instagram, Johan berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan kepada Perdana Menteri. “Kita sebagai […]

Featured Sun, 19 Feb 2023
error: Content is protected !!