Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 2, 2021 @ 7:34pm

Rosakkan Pintu Van Dengan Kayu Besbol & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu pada April, pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Ammar Alfian Aziz, 34, menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan khianat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan manakala pertuduhan mencederakan dia didenda RM1,500 atau penjara sebulan.

Lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777.

Pelakon filem Paskal itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Budiman 26/17A, Cheras pada 1.45 tengah hari 5 April lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ammar Alfian turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Nur Aimin Mohd Noor, 31, pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-keduanya.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis yang dikenali ramai,” katanya.

Peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili Ammar Alfian memohon hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan kerugian yang dialami hanya sekitar RM700.

“Mangsa juga hanya mengalami kecederaan ringan dan anak guam saya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan,” katanya.
Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Feb 2021
Trending Wed, 24 Jun 2020

Akhirnya Sekolah Mula Dibuka Hari Ini

Selamat menempuh hari pertama persekolahan!

Trending Sun, 10 Nov 2019

MH360 KUL-Beijing Patah Balik Kenapa?

MH360 patah balik jadi takutan buat para netizen , agar insiden MH370 tidak berulang

Events Wed, 22 Feb 2023
Hiburan Tue, 2 Jul 2024

Tak Terlibat Platform JomDonate, Nafi Seleweng Duit Dana… Aset Aisyah Hijanah Hasil Titik Peluh Sendiri

Harap semuanya sudah jelas ya, tak ada lagi dakwaan yang bukan-bukan

Trending Tue, 24 Apr 2018

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya. Lihat betapa besar pengorbanan bapanya kepada anak, sanggup menukar nama!

error: Content is protected !!