Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 3, 2021 @ 2:48pm

Gagal Di Tempat Kerja Jadi Punca Lelaki Berpakaian Seperti Joker Cederakan 17 Orang

Seorang lelaki yang memakai kostum seperti Joker bertindak menyerang penumpang di laluan kereta api Tokyo pada Ahad.

Menurut laporan The Japan News, insiden yang berlaku pada malam 31 Oktober itu mengatakan lelaki itu menikam seorang penumpang di dada menggunakan pisau dan turut mencederakan 17 penumpang lain.

Malah, lelaki itu juga menaburkan cecair pemetik api berhampiran tempat duduk dan membakarnya.

Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, suspek itu memakai baju hijau dan sut berwarna ungu.

“Saya fikir ia adalah aksi Halloween. Kemudian, saya melihat seorang lelaki berjalan ke arah saya, perlahan-lahan melambai sambil memegang pisau,” katanya.

@trpmsia

#beritaditiktok #newsattiktok #tiktokjapan #tokyotrain #tokyojoker #joker #beritaviral #tiktokmalaysia #cosplay #Halloween #suspect #bodylanguage #fyp

♬ original sound – TRPMsia – TRPMsia

Rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @trpmsia itu menunjukkan penumpang berlari melalui gerabak menjauhi api manakala yang lain memanjat melalui tingkap.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan polis kerana disyaki cubaan membunuh.

“Saya gagal di tempat kerja dan hubungan saya dengan rakan-rakan tidak berjalan lancar. Saya mahu membunuh seseorang dan dijatuhkan hukuman mati,” kata lelaki itu kepada polis.

Sumber: The Japan News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jul 2019

Baby named “Google” received gift from Google

Yup, you’re reading it right! The baby’s name is Google and yes, Google’s sent the family a present!

Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Featured Sun, 13 Aug 2023
Hiburan Fri, 26 Jul 2024
error: Content is protected !!