Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 8, 2021 @ 3:54pm

Abang Ditikam Adik Apabila Tegur Tunggang Motosikal Tanpa Pengetahuan

Seorang lelaki cedera parah ditikam oleh adiknya menggunakan pisau lipat kerana menegur remaja itu keluar menunggang motosikal tanpa memberitahu kakaknya pada Ahad.

Menurut laman Berita Harian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat kejadian di bawah blok pangsapuri di Taman Putra Damai, Kelana Jaya pada jam 12.08 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa berusia 24 tahun ditemui terbaring di atas lantai dengan kesan darah di dada dan perut.

Polis turut menemui seorang lagi rakan mangsa berusia 19 tahun dilihat sedang duduk di kerusi dengan kesan cedera belakang badan kiri, manakala suspek yang tidak bersekolah duduk di kerusi berhampiran abangnya.

“Menurut saksi kejadian, rakan mangsa turut terkena pisau lipat yang dipegang oleh suspek ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua beradik itu.

“Suspek akhirnya melemparkan pisau itu di lantai selepas kedua-duanya cedera,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Selepas menjalankan siasatan lanjut, ia berpunca apabila abang suspek berang dengan suspek apabila mengetahui dia keluar menunggang motosikal tanpa pengetahuan kakak mereka.

“Kami menemui sebilah pisau lipat berukuran empat inci yang digunakan oleh suspek dan menahannya sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin untuk permohonan reman,” katanya.

Polis telah membuat semakan dan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (mencuri).

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Aug 2019
Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Ara Nak Buang Sikap Baran

Saya mahu jadi lebih matang. Lebih-lebih lagi ketika membuat keputusan. Dalam masa sama membuang jauh sikap baran. Baguslah kalau Ara dah berniat begitu…

Featured Fri, 18 Apr 2025

Zarina Anjoulie & Keluarga Terima Ugutan B*nuh?

Anju juga mendedahkan nama si pelaku terbabit.

Featured Sat, 23 May 2026

“Wanita Perlu Ada Income Sendiri” – Nadia Marni Kongsi Kepentingan Kaum Hawa Ceburi Pelbagai Cabang Perniagaan

Menurut Datuk Nadia Marni, wanita tidak boleh terlalu bergantung sepenuhnya kepada orang lain kerana kehidupan boleh berubah pada bila-bila masa.

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Batal Perkahwinan, Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Atikah Suhaime?

Lagu ‘Rahasiaku’ dilancarkan pada hari ulangtahun kelahiran Atikah ke-28 iaitu pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 (semalam).

Trending Tue, 2 Jan 2018

男性专用《美少女战士》制服:配件齐全

Cosplay制服或许你觉得很常见,但日本最近推出了一款针对男性的《美少女战士》COS服,一圆每个人都想要变身的梦想!而且推出的COS服可说是一应俱全,从服装、手套、头带、项链、颈圈到头绳都有。

error: Content is protected !!