Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 8, 2021 @ 2:21pm

Lagu Cinta Kita 3: Ajai & Mas Idayu Beri Peluang Kedua, 5 Pasangan Mara Ke Peringkat Seterusnya… Jom Recap Episod 2!

Episod kedua program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dan ia menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Malhamka & Yuveena, Syafeek & Zazo, Achik & Maria, Norman & Hazreen serta Pasya & Puteri.

Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, program LCK3 ini dihangatkan dengan kehadiran dua juri sensasi, Mas Idayu dan Ajai.

Persembahan tiga pasangan LCK3 disukai oleh juri sehingga pentas mereka bercantum manakala dua pasangan lagi tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Jom kita recap apa yang berlaku di episod kedua LCK3:

Malhamka & Yuveena

Membawakan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian asal Andmesh, keserasian antara mereka berdua terserlah biarpun baru pertama kali bertentang mata!

Mas Idayu: Lagu ini sebenarnya masuk dengan both of you. Chemistry untuk lagu ini membuatkan saya memberikan peluang.

Ajai: Saya hampir tak nak tekan, sebab first note salah. Tapi, keserasian dan nada duet tu kena, feeling tu sampai.

Syafeek & Zazo

Tampil dengan kelainan, Syafeek dan Zazo memilih lagu pop tradisional nyanyian asal Wany Hasrita berjudul Canggung. Namun begitu, tuah tak menyebelahi mereka kerana hanya Mas Idayu sahaja hanya memberikan respons positif terhadap persembahan tersebut.

Mas Idayu: Saya suka dengan lagu ini, cara mereka sampaikan, walaupun tidak sempurna, ia menarik perhatian saya. Untuk keseluruhan, saya senang dengan persembahan kamu berdua.

Ajai: Apa yang tak best, Zazo starting je pun dah salah, tempo berterabur.

Achik & Maria

Pasangan ini membawakan lagu Risalah Hati nyanyian asal kumpulan popular Indonesia, Dewa 19 dan persembahan mereka berjaya membuatkan pentas mereka bercantum.

Mas Idayu: Achik ada tone suara yang gemersik, saya suka. Persembahan tak perfect, saya memberikan peluang dan ingin mendengar persembahan yang seterusnya.

Ajai: Lagu ini bukan senang orang nak bawakan. Saya suka tone yang tak stereotype seperti yang ditonjolkan oleh kamu berdua. Suara garau Maria ada ‘feeling’, itu ada pada Maria. Achik pula ada range yang besar.

Norman & Hazreen

Pasangan ini berani membawakan lagu Gundah nyanyian asal Ernie Zakri. Namun begitu, kelainan yang cuba ditampilkan tidak menarik hati juri kerana pentas mereka tidak bercantum.

Mas Idayu: Norman nampak struggle sangat menyanyikan lagu ini. Coach dah ajar yang betul, tapi awak buat salah. Nampak masih belum serasi.

Ajai: Nervous sangat mereka berdua ni nyanyi. Bila takut, semua benda keluar. Perasaan itu tak ikhlas, ada kesumbangan sikit dan shaky. Ketakutan mengatasi segalanya.

Pasya & Puteri

Membawakan lagu Dealova nyanyian Once, keserasian antara Pasya dan Puteri begitu menyerlah dan membuatkan kedua-dua juri tidak teragak-agak untuk mencantumkan pentas mereka.

Mas Idayu: Hati saya tenang dengar kamu berdua nyanyi. Bagus, sampai saya tak ada komen.

Ajai: Bila saya boleh nyanyi sekali, maknanya tak ada benda yang merungsingkan saya. Bila berduet, ia tidak senang. Nasib baik mummy suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Di akhir episod, Ajai dan Mas Idayu bersepakat memberikan peluang kedua terhadap Syafeek dan Zazo serta Norman dan Hazreen untuk bersaing di peringkat seterusnya.

Jangan lupa untuk teruskan sokongan anda dalam Lagu Cinta Kita 3 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia juga boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 11 Sep 2018

Gadis Jelita Dari Sarawak Larissa Ping Dinobatkan Sebagai Miss World Malaysia 2018

Dia akan mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 2018 Disember ini.

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Siti Nordiana – Khai Bahar Bakal Bersatu Tahun Depan?

Segalanya masih dalam perancangan awal. Insya Allah jika segalanya berjalan lancar, Nana akan umumkan kepada pihak media dan peminat.

Hiburan Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

Berhati-hati lah kalau bercuti dengan agen pelancongan ni..

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Erysha Emyra Risau Kes Buli & Jenayah Sekolah Semakin Parah – “Didikan Di Rumah Sangat Penting”

Erysha Emyra risau keselamatan adik-beradik yang masih kecil di sekolah

Trending Sun, 3 May 2020
Trending Fri, 18 Oct 2019

“Rise and Shine”, Kylie Jenner Made Twitter Woke On Her Talent

In 2019, we stan Kylie’s talent! Stop sleeping on her!

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰

error: Content is protected !!