Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah November 16, 2021 @ 12:29pm

Kos Barang Makin Meningkat, Kedai RM2.10 Popular Umum Naik Harga Bermula Disember

Premis yang terkenal dengan panggilan kedai ‘2 ringgit’ baru-baru ini memaklumkan bahawa harga jualan di kedai mereka akan dinaikkan sebanyak 10 sen.

Demi meningkatkan mutu kualiti barangan mereka, Eco Shop melalui Facebook rasminya memberitahu mereka terpaksa menaikkan harga jualan mereka kerana kos barangan yang semakin meningkat.

“Dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM 2.10 kepada RM 2.20 bagi Semenanjung Malaysia, RM 2.30 kepada RM 2.40 bagi Langkawi, Sabah dan Sarawak mulai pada Disember 2021,” tulis mereka dalam hantaran Facebook.

Walaubagaimanapun, mereka amat menyesali pengumuman ini dan berharap pelanggan akan terus memberikan sokongan terhadap kedai berkenaan.

Sementara itu, komen yang ditinggalkan pengguna Facebook dibawah pengunguman tersebut kebanyakkannya menerima dengan baik berita kenaikkan harga ini.

“Walaupun dah naik jadi RM 2.20, tapi masih boleh dibeli kalau nak bandingkan harga dengan tempat lain yang kebanyakkannya harganya RM4 ke atas untuk satu barang.

“Alhamdulillah, mungkin untuk sesetangah orang ia tak berbaloi tapi untuk rakyat yang tak serba mewah macam kami ianya masih menjadi kedai yang kita shopping tanpa tengok harga,” komen salah seorang pengguna Facebook bernama Aya Hidayah.

Namun, ada juga segelintir yang tidak bersetuju dan berpendapat kedai yang semakin untung akan semakin naik harga barangannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Debaran Khadijah Ibrahim Menjelang Konsert Doa Buat Kekasih

Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Ibu memberitahu akan ada beberapa lagu duet yang pernah dihasilkan bersama Datuk Ramli Sarip namun belum pernah dinyanyikan di pentas bersama.

Hiburan Tue, 4 Sep 2018
Featured Thu, 29 Sep 2022
familuv Thu, 20 Jun 2019

Angkasawan Negara kongsi 15 panduan didik anak

Teknik mudah, tetapi berkesan!

Hiburan Fri, 13 Mar 2026

“Tua Muda Hilang Sopan, Ikutlah Adab Kita” – Ustazah Asma’ Harun Nasihat Hentikan Trend Joget Ambil Duit Raya

Ustazah Asma’ menasihatkan orang ramai agar tidak lagi menjadikan perkara itu sebagai trend

Hiburan Thu, 29 Nov 2018
error: Content is protected !!