Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 23, 2021 @ 3:35pm

Park Shin Hye Umum Tarikh Perkahwinan Dengan Choi Tae Joon

Pelakon Park Shin Hye dan teman lelakinya yang juga pelakon Choi Tae Joon, akan berkahwin pada Januari tahun depan.

Agensi pengurusan Park Shin Hye, SALT Entertainment mengumumkan berita itu dan mereka akan melangsungkan perkahwinan di Seoul pada 22 Januari 2022.

Pelakon itu turut menyertai komuniti peminat rasminya untuk menyampaikan berita itu secara peribadi kepada peminat kesayangannya.

“Terima kasih atas kasih sayang dan dorongan peminat, saya menjadi seorang pelakon yang menunjukkan banyak sisi diri saya melalui pelbagai projek.

“Kata-kata daripada peminat, menyuruh saya menjadi kuat, sudah cukup untuk membuat saya bersemangat.

“Mungkin itu sebab mengapa saya sangat gementar untuk memberitahu anda berita ini dan saya bimbang anda mungkin sangat terkejut,” katanya.

Menurut pelakon itu, walaupun gementar dan risau akan reaksi peminatnya, dia berjanji untuk tidak melupakan sisi baik dirinya walaupun sudah berkahwin kelak.

“Saya akan berkahwin dengan orang yang saya ‘dating’ selama ini.

“Dia telah menjadi tonggak sokongan saya sejak sekian lama, dan dia setia bersama saya walaupun kekurangan kualiti.

“Jadi saya merancang untuk memulakan hidup baru dengan dia sebagai pasangan suami isteri.

“Saya berjanji untuk menunjukkan kepada anda sisi baik saya walaupun selepas membina keluarga saya sendiri.

“Terima kasih banyak kerana menyayangi saya dan menyokong saya semasa saya masih kekurangan dalam banyak perkara.

“Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali sebagai pelakon secepat mungkin, tanpa membuat anda menunggu terlalu lama,” jelas Park Shin Hye.

Untuk info, Park Shin Hye mengakui hubungannya dengan Choi Tae Joon, dan pasangan itu mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada 2017.

Sumber: SBS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Mar 2025

Duet Bersama Den Manjo, Nabila Razali Tampil Dengan ‘Raya Mana’ Versi Kelantan

Versi istimewa ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin mendengar lagu tersebut dalam loghat Pantai Timur.

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

“Tak Mungkin” – Fikry Ibrahim Tepis Dakwaan Isu Rumah Tangga Hanya Gimik

Fikry Ibrahim enggan ulas kenyataan bercanggah dengan peguam mewakili isterinya

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Akui Cemburu Ramai Kawan Dah Kahwin, Leona Harap Tahun 2026 Bertemu Jodoh

Kasih Iris Leona bersedia nak kahwin, cemburu ramai kawan sudah bergelar isteri

Featured Sun, 6 May 2018

Jom Intai Rahsia Penjagaan Rambut Dan Solekan Diva No. 1 Negara, Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai figura yang seorang ini, beliau dikagumi bukan kerana bakatnya saja tetapi juga kecantikannya yang all in one.

Featured Mon, 14 Jul 2025

[VIDEO] Siti Jamumall Sebak, 100 Peratus Kos Bersalin Ditaja DSV

Siti Jamumall syukur dengan rezeki yang dikurniakan.

error: Content is protected !!