Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah November 27, 2021 @ 12:02pm

“1 Kilogram Tahi Lembu Boleh Menghasilkan 3.75 kwj Tenaga Elektrik” Sisa Lembu Berjaya Jadi Sumber Tenaga

Sekumpulan petani di Britain telah berjaya menukarkan tahi lembu kepada sumber tenaga berbentuk bateri saiz AA yang dipanggil ‘patteries’.

Memetik laporan The Sun, bateri yang boleh dicas semula ini boleh menjadi sebahagian daripada tenaga boleh diperbaharui di Britain kerana 1 kilogram tahi lembu boleh menghasilkan 3.75 kwj tenaga elektrik.

Kejayaan yang dibangunkan oleh syarikat tenusu jenama Arla yang bekerjasama dengan pakar bateri, GP Batteries ini mendakwa tenaga yang dihasilkan daripada najis seekor lembu boleh menyalurkan sumber elektrik kepada tiga buah rumah selama setahun.

Justeru, 460,000 ekor lembu mampu menjana sumber tenaga kepada 1.2 juta rumah di United Kingdom.

Arla juga mengatakan jumlah setahun najis lembu boleh menghidupkan 507 peti sejuk beku.

Proses pertukaran sisa lembu kepada tenaga ini melalui proses yang dipanggil pencernaan anaerobik.

Seorang petani Arla bernama Neil Ridgway berkata terdapat banyak inovasi yang boleh dilakukan melalui proses pencernaan anaerobik untuk menyumbang sumber tenaga boleh diperbahui di United Kingdom disamping mempergunakan sisa ladang dengan sesuatu yang berguna.

“Kami boleh menggunakan hasil sampingan daripada proses itu sebagai baja semula jadi di ladang kami, bagi saya ia satu kemenangan,” kata Ridgway.

Semasa proses pencernaan anaerobik ini dijalankan, bahan organik seperti sisa haiwan dipecahkan untuk menghasilkan biogas dan baja bio.

Proses ini berlaku di dalam tangki bebas oksigen yang tertutup yang dipanggil penghadam anaerobik dan hasil akhirnya adalah biogas.

Selepas biogas dibersihkan, ia dibawa ke Unit Gabungan Haba dan Kuasa (CHP) dimana ia digunakan untuk menjana tenaga boleh diperbaharui.

Sisa proses ini yang terakhir menjadi baja semula jadi yang kaya dengan nutrien yang boleh diletakkan semula di atas tanah untuk membantu menyuburkan tanah.

Ia merupakan proses yang sangat menjaga kelestarian alam sekitar.

Syarikat Arla juga dalam proses menghasilkan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui menggunakan sisa lembu seperti penghasilan tenaga bahan api.

Sumber: The Sun

Kredit Foto: Arla

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Trending Wed, 14 Feb 2018

11 KPOP SONGS FOR ALL SINGLES THIS VALENTINES DAY

Valentine’s Day is the season for lovers to publicly show off their affection. But what about all the single people? Here are some songs to pull you through this day.

Trending Wed, 13 Dec 2023

Pembedahan Kali Kedua Berjaya, Ibnor Riza Masih Belum Sedarkan Diri

Semoga diberi kesembuhan segera dan sihat seperti sedia kala, Amin Ya Rabb🤲🏻

Trending Fri, 29 Oct 2021

Meerqeen Akui Nadhir Nasar Pencabar Terdekat ABPBH 34

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Meerqeen, 20, bersyukur kerana kehadirannya dalam industri hiburan disedari oleh peminat. Tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), pemilik nama sebenar […]

Featured Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Isteri Rancang Persembahan Amal Kutip Sumbangan Untuk Saleem

Kami sudah capai kata persetujuan tetapi bergantung kepada tahap kesihatan Saleem. Tunggulah dia sihat sikit kerana saya akan membawanya ke sana.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Jihan Muse Sembunyi Anak?

Rata-rata peminat beliau mengucapkan tahniah dan berdoa agar pasangan ini berbahagia sehingga ke anak cucu. Selain ucapan tahniah dan komen berkenaan caption tersebut, Jihan nampaknya tidak terlepas dari diajukan soalan berkenaan wajah anak beliau

error: Content is protected !!