Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 29, 2021 @ 6:03pm

Meerqeen Akui Nadhir Nasar Pencabar Terdekat ABPBH 34

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Meerqeen, 20, bersyukur kerana kehadirannya dalam industri hiburan disedari oleh peminat.

Tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam ini mengakui terkejut kerana berjaya meloloskan diri ke pusingan Top 5.

“Perasaan saya apabila tercalon, saya sendiri masih terasa terkejut dan amat-amat bersyukur kerana ia menjadi petanda kehadiraan saya dalam industri ini disedari.

“Dapat masuk Top 5 pun cukup bermakna sebab apabila tercalon, secara automatic ia akan memberikan tekanan yang positif untuk saya terus memberikan yang terbaik,” katanya.

Dikhabarkan sebagai calon kegemaran untuk memenangi kategori terbabit, Meerqeen meletakkan segalanya kepada ketentuan takdir.

“Kalau orang cakap saya calon ‘favorite’, Alhamdulillah, saya bersyukur. Sama ada berjaya atau tidak merangkul trofi terbabit, saya serahkan segalanya kepada Allah. Berada di kedudukan sekarang pun adalah kerana berkat usaha kelab peminat saya, Meerqeen Troopers dan doa ibu bapa yang saya kasihi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai saingan hebatnya dalam kategori berkenaan, Meerqeen menganggap pelakon baharu, Nadhir Nasar sebagai pencabar terdekat.

“Bila dah tercalon Top 5, semuanya hebat-hebat tapi secara peribadi, saya rasakan Nadhir sebagai saingan. Dia merupakan sahabat saya sebab kami bermula menerusi sebuah program yang sama.

“Kami juga sama-sama bersusah payah membuktikan bakat kami dalam industri. Sejujurnya, menang atau kalah adalah adat pertandingan dan saya percaya terhadap ketentuan rezeki,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen juga kini bergelar penyanyi dan muncul dengan lagu berjudul Menunggu.

Diperdengarkan secara rasmi bermula 1 Oktober lepas, Menunggu merupakan lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi muda, Aliff Iskandar,

“Saya percaya sesiapa sahaja mampu melakukan apa sahaja asalkan ada kemahuan dan keyakinan. Bidang nyanyian benda baharu dan memang membuatkan saya risau pada peringkat awal.

“Tapi apabila semua proses sudah dilalui, ia memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada saya. Sudah tentu sokongan orang sekeliling membuatkan saya bersemangat merakamkan Menunggu,” katanya.

Undian pusingan kedua ABPBH 34 sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2021 dan jangan lupa undi bintang kesayangan anda!

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my.

Bagi kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular, undian sudah pun bermula pada 4 Oktober lalu dan akan berakhir pada 7 November 2021 di laman aplikasi TikTok. Bagi peminat yang hendak menyertai #ABPBH34 kempen video TikTok, mereka boleh ikuti akaun TikTok TV3Malaysia dan XiaomiMalaysia.

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 13 November 2021.

Bertemakan #KitaBersama, malam kemuncak ABPBH 34 akan dilaksanakan dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Acara ini boleh disaksikan secara langsung melalui saluran TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jun 2026

“Miskin Aku Dulu Sampai Baju Tak Cukup Kain, Sekarang Kepala Pun Dah Ada Kain Tutup” – Ozlynn

Ozlynn menyifatkan kehidupannya sebelum mengenakan hijab ibarat pengalaman paling miskin dalam hidupnya.

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Belum Hamil, Janna Nick Dedah Wajah Sembab & Badan Naik Akibat Jalani Dua Rawatan Dapatkan Zuriat

Janna Nick perjelas badan naik dan wajah sembab sebab cucuk hormon kehamilan

Hiburan Sun, 2 Apr 2023

Resipi Masakan Terlalu Berminyak, Khairul Aming Ditegur Pakar Perubatan

Tak kisahlah banyak minyak ke tak janji sedap!

Trending Sun, 10 Jan 2021

Tulus Pamer Transisi Berbeza Azmi Saat

Sedihnya muzik video ni

Hiburan Thu, 8 Dec 2022

Gelagat Ummi Nazeera Di Karpet Merah Curi Tumpuan Netizen – “Terpeleot Pun Comel Dia Ni!”

Gelagat pelakon Ummi Nazeera di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka minggu lalu mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran di akaun TikTok, Ummi yang berjalan di karpet merah sambil berpegangan […]

Featured Mon, 8 Sep 2025

“Saya Tak Pernah Niat Join Sumud Sebab Nak Jadi Sebutan” – Farah Lee

Farah Lee sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bukan untuk menjadi sebutan.

Featured Mon, 12 Jul 2021

Bayaran Tambahan PEMERKASA+ RM500 Dikreditkan Hari Ini

Menerusi Pakej PEMERKASA+, sebanyak  sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro hari ini mendapat jumlah bantuan bayaran Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) . Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu melibatkan tambahan […]

error: Content is protected !!