Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 27, 2021 @ 4:23pm

“Saya Tak Nak Susahkan Orang” – Tolak Tawaran Pengacaraan, Karl Shafek Tak Ralat

Pengacara dan pelakon, Karl Shafek tidak ralat apabila terpaksa menolak beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan.

Menurut Shafek atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, 41, dia tidak mahu membuat banyak perkara dalam satu masa.

“Saya dah dua tahun senyap dalam bidang pengacaraan. Situasi pandemik membuatkan peluang itu berkurang. Saya juga memberikan fokus terhadap perniagaan fesyen, Neonate Clothing Company.

“Ada tawaran yang datang sekitar Oktober dan November tetapi saya terpaksa tolak kerana Neonate terlibat dalam KL Fashion Week pada awal bulan ini.

“Kini, saya pula baru sahaja membuka cawangan Dulang Cafe di Kelana Jaya dan saya selaku Pengarah Urusan menguruskan banyak perkara.

“Sejujurnya, saya rasa sayang menolak tawaran dalam bidang pengacaraan tapi saya tak ralat. Saya tak mahu susahkan orang lain dan tak boleh memberikan komitmen terhadap pelbagai perkara. Saya juga tak nak buat banyak benda dalam satu masa.

“Saya sendiri ada masalah dengan tahap kesihatan mental dan saya akui saya tak ‘fit’ seperti dahulu. Sayang menolak tawaran yang datang tetapi saya kena sayangkan diri saya dahulu,” kata pelakon filem Zaiton Ceritaku ini.

Shafek ditemui di majlis pembukaan Dulang Cafe di Kompleks Kelana Jaya pada Jumaat.

Merealisasikan impian untuk terlibat dalam perniagaan makanan, Shafek dan rakan perniagaannya mensasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan dalam masa terdekat.

“Saya dah lama tanam impian nak buka kafe. Ibu saya dahulu terlibat dalam perniagaan makanan dan pernah juga membuka perniagaan katering secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, apa yang saya mimpikan jadi realiti.

“Bercerita mengenai Dulang Kafe pula, ia diasaskan oleh Tunku Kurshiah Aminah Atiah dan mengangkat konsep makan dalam dulang. Kedai pertama kafe ini terletak di Nusa Jaya, Johor. Semenjak ia beroperasi dari 2017, kafe ini mendapat sambutan positif.

“Dulang Kafe Kompleks Kelana Jaya ini merupakan cawangan yang pertama di Lembang Klang. Kami mengkhususkan hidangan Melayu, Jawa dan Singapura dan menu istimewa adalah Nasi Ambeng Singapura dan Sup Tulang Merah.

“Kafe bakal dibuka secara rasmi bermula 29 November, dari jam 11.30 pagi hingga 8.30 malam. Insya-Allah, saya dan rakan perniagaan memang bercadang untuk membesarkan lagi bisnes ini dan kami berharap agar semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengarah Kafe Dulang Sdn Bhd, Iylia Zarisha Marican dan rakan-rakan selebriti seperti Asmidar, Fiza Frizzy, Nasz Sally dan Maria Tunku Sabri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tak Sangka Pengacara TV3 Ini Kini Hangat Bercinta

Menerusi laman instagram milik Safawi Rasid, beliau mengakui kini dirinya itu sedang rapat dan personaliti TV3 ini

Hiburan Thu, 6 Mar 2025
Hiburan Mon, 5 Feb 2024
Trending Thu, 26 Apr 2018

网路疯传「电锅安全帽」网友笑:骑着骑着就饿了

有网友在脸书分享一张「电锅」的照片,从背面看起来与一般人家里厨房会出现的电锅大同小异,上面还插着饭匙,没想到照片角度一转,原来这是电锅造型的「安全帽」,拟真程度让网友大赞设计者太有才!

Hiburan Wed, 27 Sep 2023

Vanessa Reynauld Cabar Kualiti Vokal Dalam Lagu ‘IGAU’, Hasil Sentuhan Naqiu

Min luvvvv! Lagu IGAU ni tonjolkan lagi vokal Vanessa 🫰🏻

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Fri, 25 Nov 2022
Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Wed, 2 Jul 2025

Abby Abadi Dedah Jumpa Scammer Secara Bersemuka: “Konon Nak Berbincang, Tapi Siap Tuduh Saya Pula!”

Abby Abadi mendedahkan, dia telahpun berjumpa dengan individu tersebut secara bersemuka.

error: Content is protected !!