Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 1, 2021 @ 4:42pm

“Tak Semput Ke Motor Bang?” – Pengalaman Pasangan Ini Ke Kota Paris Naik Motor Honda RS150R Mengujakan Netizen

Boleh ke kita mengembara ke kota Paris dengan hanya menaiki motosikal? Sepasang suami isteri ini membuktikan mengembara ke negara Eropah dengan menaiki motosikal bukanlah perkara yang mustahil.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dibawah nama pengguna @kapcaipackers telah berkongsi kejayaannya yang berjaya sampai di kota Paris dengan selamat bersama pasangannya menaiki motosikal Honda RS150r berwarna oren.

Video TikTok tersebut menunjukkan saat-saat dia bersama isteri berdiri di hadapan Eiffel Tower dan mengelilingi kota cinta itu dengan menaiki motosikalnya.

Dia menjelaskan perjalanan ke kota Paris mengambil masa selama empat bulan dan kejadian ini berlaku sebelum adanya pandemik.

Rata-rata komen yang ditinggalkan netizen sangat bangga dan teruja dengan pengalaman yang dikongsikannya.

Ramai yang tidak percaya dan tertanya-tanya akan adanya laluan darat untuk ke Eropah lalu perkara ini dijawab oleh tuan badan sendiri menerusi akaun Instagramnya bernama alfiduge.

Di dalam perkongsian Instagramnya itu, dia menunjukkan gambar peta yang diwarnakan merah menujukkan perjalanan yang dilaluinya menaiki motosikal.

 

View this post on Instagram

A post shared by ALFI (@alfiduge)

Dia turut berkongsi pengalamannya mengembara di sekitar negara-negara di Eropah, menyusuri beberapa jalan yang agak mencabar fizikal dan mental melalui beberapa video di akaun TikToknya.

Selain kota Paris, pasangan ini turut berjaya sampai ke London, Russia, Turki dan beberapa lagi negara di Eropah menaiki motosikal Honda itu.

Susulan pengembaraan yang menakjubkan ini, pemilik video ini memberitahu di ruangan komen bahawa pihak Honda ada memberikannya sedikit ‘award’.

“Alhamdulillah Honda bagi saya sebiji motor selepas saya berjaya selesaikan misi ride ke london ni…dan juga servis free seumur hidup,” tulis pemilik video tersebut.

Video yang dimuatnaik pada Jumaat itu telah mendapat lebih daripada 4 juta tontonan dan 675,900 ribu tanda suka di TikTok.

 

@kapcaipackers Ke kota cinta bersama yang tercinta 💕🥰💕🥰. #travel #fyp #kapcaipackers #roundtheworldtravel #kapcai #rs150r ♬ La Vie En Rose – Emily Watts

Sementara itu, pemilik video ini turut berkongsi tips dan bagaimana persiapannya mengembara ke Eropah menaiki motosikal di saluran YouTube bernama kapcaipackers adventure.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Jan 2019

Hampir Dirogol Sebab Salah Masuk Kereta, Girls Out There Kena Extra Careful Okay!

Remaja atau sesiapa sahaja perlu peka terhadap kecuaian diri sendiri. Jangan sampai jadi mangsa!

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Selamat Pengantin Baharu, Kak Lina Pom Pom!

Selebriti Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Lan Solo Dedah Momen Tahun Pertama Berkahwin ‘Downgrade’ Hidup – “Pernah Korek Tabung Beli Pampers & Susu…”

Susah susah dahulu, senang senang kemudian kan ☺️☺️ Alhamdulillah, murah rezeki Lan sekeluarga

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sesi Bertemu Peminat Berlangsung Hampir 2 Jam Di Singapura, Orang Ramai Beratur Panjang Demi Berjumpa Siti Khadijah Halim

Wah, peminat Singapura teruja bertemu dengan Siti Khadijah Halim di Singapura.

error: Content is protected !!