Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2021 @ 6:32pm

Taja 100 Orang Tiket Flight Balik Sabah & Sarawak, Tindakan Hafiz Mahamad Ini Dipuji Ramai

Pastinya semua sedia maklum bahawa harga tiket untuk pulang ke Sabah dan Sarawak bukanlah murah berbanding harga tiket ke Bali dan sebagainya.

Justeru itu, tindakan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad ini untuk menaja 100 orang tiket penerbangan pulang ke Sabah dan Sarawak mendapat perhatian ramai.

Perkongsian yang dimuat naik menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pada Rabu itu telahpun ditonton lebih daripada 300,000 tontonan setakat ini.

“Akhirnya, selepas beberapa tahun. Mereka dapat balik ke Sabah Sarawak. Bagi kita, “balik kampung” tu benda biasa tapi mcmana situasi mereka yang memang tak ada duit langsung ? Di buang kerja ? Ada sebab bertahun tak dapat tengok mak ayah. Sebab apa ? “kemampuan”.

“Mereka bukan orang yang senang senang, tiket untuk ke Sabah Sarawak mahal. Ada yg cakap tadi 7 tahun tak balik sambil menitik Air Mata. Ada yg kongsi, dulu kerja gaji RM5,000  tapi bila Covid turun ke 1,000. Harini terpaksa terus balik ke Sabah & cari kerja di Sabah,” tulisnya.

Sumbangan adalah 100% daripada perniagaan dan Pertubuhan Sahabat Ainaa

Hafiz juga memaklumkan bahawa tajaan ini adalah hasil daripada perniagaan dan hasil sumbangan masyarakat terhadap Pertubuhan Sahabat Ainaa.

“Happy saya lihat mereka tadi. Saya gunakan ini semua RM60,000 dari hasil perniagaan dan RM10,000 dari sumbangan awak ke dalam pertubuhan sahabat Ainaa, saya niatkan juga untuk awak semua.

“Saya bagi tau ni sebab saya nak awak tahu, hasil support awak. Saya cuba gunakan untuk “beri balik” pada masyarakat & saya bawa sekali sumbangan sahabat untuk mereka.

“Sumbangan sahabat, saya tak pernah guna untuk kos lain lain. Semuanya 100% saya akan sumbangkan pada mereka yang memerlukan disekalikan dgn rezeki @ainaabeautyofficial & duit sendiri,” jelasnya.

Sangat menginspirasikan!

Ternyata tindakan murni Hafiz ini bukan sahaja memberi senyuman kepada ramai pihak malah, rata-rata warganet memuji dan mendoakan agar usahawan ini sentiasa diberikan rezeki untuk membantu lebih ramai orang yang tidak berkemampuan di luar sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2024

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Sah Bertunang Ogos Lalu

Wahhhh, dalam diam ek she! Alhamdulillah, one step closer Eyka ❤️ Akhyar.

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Tue, 22 Feb 2022
Events Thu, 15 Nov 2018

Betul Ke Watak Penunggang Agama Beri Impak Negatif Kepada Masyarakat?

Dont judge a book by it’s cover ye netizen-netizen di luar sana. Periksa sebelum sebarkan sesuatu berita okay!

Hiburan Wed, 15 May 2019

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

Trending Tue, 12 Mar 2019
Featured Wed, 30 Oct 2024

Bakal Keluar Single, Ira Kazar Tak Kisah Dikecam… Terguris Bila Bapa ‘Diserang’ Netizen

Siapa je suka ahli keluarga lebih lagi mak ayah terpalit gosip panas pastu kena kecam kan? 😎

error: Content is protected !!