Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 9, 2021 @ 3:54pm

“Peh, Baru 8 Hari Dah Cergas!” – Netizen Kagum Dengan Wawa Zainal Lawat Pejabat Ketika Berpantang

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafril baru sahaja menyambut anak mereka yang keempat pada 30 November lalu.

Biarpun masih dalam tempoh berpantang, aktres berusia 30 tahun itu tampil bertenaga melawat pejabatnya.

Wawa yang juga merupakan seorang usahawan datang ke pejabat untuk meninjau stok terbaru minyak wangi keluaran syarikat miliknya.

“Hari kelapan pantang dan singgah pejabat kejap check stok Wawa Parfum mendarat di HQ,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Menerusi hantaran tersebut, Wawa dilihat telah memandu kenderaannya sendiri dan memakai kasut tumit tinggi berjalan masuk ke pejabat.

Rata-rata komen yang ditinggalkan netizen berasa kagum dengan Wawa yang kelihatan tidak seperti baru melahirkan anak seminggu lalu.

“Wow, hari kelapan pantang perut dah hilang. Dahsyat. Anak empat pun maintain sis,” komen salah seorang pengguna Instagram.

Wawa walaubagaimanapun membalas dengan berkata dia melakukan sauna dua kali sehari dan memakai bengkung.

Ada juga komen yang berbaur sindiran dan mendakwa Wawa tidak menjaga tubuh badan sendiri ketika berpantang tetapi komen terbabit ditegah oleh pengguna lain yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Alah, nanti dia balik rumah dia berpantang semula, pakai kain batik. Terpaksa keluar nak check stok dia kata. Bersangka baiklah. Bukan berdosa pun tak ikut pantang,” komen salah seorang pengguna bernama Juliana.

Sementara itu, Wawa juga ada memuat naik gambar makanan berpantangnya di Instagram story dengan kapsyen mengatakan dia seorang yang kuat makan.

“Orang yang jaga pantang ni cakap, pertama kali jumpa orang dalam pantang makan nasi banyak macam ni. Memang kuat makan tak tahan lapar. Kita cepat kurus bukan sebab diet tapi sauna dan bengkung,” tulis Wawa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah! Ahmad Idham Kini CEO Finas

Tahniah sekali lagi buat pelakon drama Cinderella ini

Events Tue, 21 Apr 2020
Trending Fri, 30 Nov 2018

Syed Saddiq Tersenarai Dalam Top 20 Belia Yang Paling Berpengaruh Di Dunia Untuk 2018

Anda setuju dengan pemilihan yang dibuat oleh platform global Apolitical ini?

Featured Mon, 15 Jan 2024

Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Alamak, satu demi satu dia petik ek. Awas!🔥🔥🔥

Featured Fri, 15 May 2020

[TERKINI] Selangor Masih Kekal Larangan Solat Berjemaah Di Masjid & Surau

Harap bersabar semua, ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku..

error: Content is protected !!