Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 22, 2023 @ 3:56pm

“Ia Naskhah Seram, Bukan Soft P*rn” – Penerbit Mohon Filem Pulau Diberikan Peluang

Penerbit filem Pulau, Fred Chong memohon agar orang ramai menonton karya terbabit terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman.

Terpalit kontroversi gara-gara treler filem yang dilabel sebagai ‘soft porn’, Fred menafikan ia hanya sekadar salah satu cara pemasaran.

“Ramai salah faham. Treler disiarkan di platform YouTube bukanlah sebagai salah satu strategi pemasaran. Treler itu adalah untuk pasaran ke luar negara. Pelbagai pihak cepat menghukum sedangkan filem penuh belum keluar lagi.

“Semua melemparkan kritikan kerana terpengaruh dengan treler filem, sedangkan mereka belum menontonnya. Saya berharap filem Pulau diberikan peluang,” katanya.

Bakal menemui orang ramai 9 Mac ini, Fred berharap agar semua pihak memikirkan mengenai susah payah kru dan barisan pelakon yang terlibat dalam naskhah ini.

“Filem Pulau menampilkan keindahan Malaysia, terutama Pulau Langkawi. Sekurang-kurangnya, hargailah usaha pelakon dan kru yang bersusah payah belajar menyelam dan terpaksa duduk dalam hutan bagi menjayakan filem ini.

“Apa yang terkandung dalam treler tak sama dengan keseluruhan jalan cerita Pulau. Jika benar dakwaan yang mengatakan filem ini mengandungi elemen ‘soft porn’, sudah pasti ia tak akan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF), Syarat Wajib Tayang serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

“Ada empat babak filem Pulau dipotong sebelum dia diberikan kelulusan oleh LPF dan pihak mereka telah memberikan ‘lampu hijau’ untuk filem ini ditayangkan berdasarkan isi kandungan keseluruhan filem, bukan bersandarkan treler semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Fred juga bersedia bertemu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu susulan keputusan kerajaan negeri terbabit ‘mengharamkan’ tayangan filem Pulau yang diterbitkan oleh WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio.

“Surat rayuan sudah siap dan kami menantikan surat sokongan FINAS. Saya bersedia terbang ke Kuala Terengganu bersama wakil FINAS dalam masa terdekat untuk membuat rayuan, sekali gus menayangkan filem Pulau kepada wakil kerajaan negeri agar penilaian boleh dilakukan,” katanya.

Filem Pulau arahan Euho dibintangi oleh Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi, Vikar dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Feb 2019

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

TMJ miliki istana di Singapura yang dijadikan inspirasi untuk filem Crazy Rich Asians

Hiburan Thu, 29 May 2025

[VIDEO] “Ya, Saya Peluk Islam Sejak Umur Empat Tahun” – Josiah Hogan

Josiah Hogan memeluk Islam di Texas, Amerika Syarikat

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Sambut Hari Lahir, Kenapa Zain Tak Ikut Isteri Ke London?

Sambutan hari lahir Che Ta akan dibuat di sana. Tentu meriah kan? Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 45, keberangkatan mereka kali ini agak berbeza.

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Bahan Ke-4 Ni, Walau Duit Banyak Pun Tak Boleh Beli” – Peminat Dakwa Khairul Aming Bersuara Selepas Resipi Ringkas Che Sayang Kitchen Dikecam

Khairul Aming tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Che Sayang Kitchen selepas segelintir netizen mengkritik resipi masakan

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Korang masih ingat tak sekitar tahun 1998, lagu ‘Baby One More Time’ memang cukup digilai. Memang lain macam beb!

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Api Marak Menjulang Ke Langit Pusat Kualiti Alam Terbakar

Kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam

Trending Wed, 6 Jul 2022

“Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi Tapi…” – Fasha Sandha Dedahkan Sifat Sebenar Bekas Suami

Fasha Sandha menyifatkan bekas suami merupakan seorang yang baik hati.

error: Content is protected !!