Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Marcella December 10, 2021 @ 1:45pm

Terkejut Jumpa Ular Sawa 250 Kilogram Di Tapak Pembinaan

Sekumpulan pekerja di tapak pembinaan di Sungai Kerak terkejut dengan dua ekor ular sawa batik termasuk seekor ular yang bersaiz gergasi seberat 250 kilogram (kg) pada Rabu.

Seekor ular sawa betina seberat 250 kg dijumpai berlingkar di dalam lopak air di tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Nangka pada pukul 2 petang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang, Mujahid Abd. Wahab berkata, ular sawa betina sepanjang kira-kira tujuh meter itu dijumpai seorang pemandu jengkaut yang sedang menggali tanah di tapak pembinaan tersebut.

“Penemuan itu terus dimaklumkan kepada APM Marang yang kemudiannya bergegas ke lokasi.

“Oleh kerana saiznya terlalu besar, tiga anggota APM Marang terpaksa mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkapnya dari lopak air berkenaan.

“Anggota APM memindahkan ular itu ke dalam lori APM menggunakan jentolak dengan bantuan orang awam,” katanya.

Mujahid berkata, ular sawa gergasi itu tidak agresif kerana mengalami kecederaan pada bahagian badannya akibat terkena mata jengkaut.

Tambahnya, tidak lama kemudian, APM Marang menemui seekor lagi ular sawa batik seberat 100 kilogram dan panjang kira-kira empat meter tidak jauh dari lokasi ular sawa pertama ditangkap.

Orang awam juga dinasihatkan berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terjumpa haiwan berbisa dan berbahaya.

Sumber: Kosmo

Kredit Foto: APM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Usah Berharap Kepada Anugerah & Populariti, Bell Ngasri Ingatkan Bakat Baharu Agar Utamakan Kualiti Hasil Kerja

“Jangan cuba fikirkan untuk raih anugerah dan dapatkan sesuatu” – Bell Ngasri

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Featured Mon, 30 Sep 2019
Featured Mon, 19 Nov 2018

Minum Susu Mentah Selamat Atau Tidak?

Susu mentah mengandungi bakteria yang berbahaya!

Hiburan Wed, 6 May 2026

Selepas Lebih Sedekad Bergerak Solo… Asfan Shah Kini Bersama Asfan & Manusia, Lancar Single ‘Dusta’

Asfan Shah kini tampil dengan langkah baharu menerusi penubuhan kumpulan Asfan & Manusia.

Trending Mon, 9 Dec 2019

Wanita Dipenggal & Dijamah Otak Gara-Gara Cakap Bahasa Inggeris

Alamak kena berjaga-jaga bila bercakap selepas ini.

Featured Tue, 16 Jul 2024

20 Kali Ulang Alik ke Tandas, Anak Sulung Eyra Hazali Alami Bengkak Usus

Allahu, kesiannya Hayder. Moga cepat sembuh😥

Hiburan Thu, 13 Mar 2025
error: Content is protected !!