Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 6, 2026 @ 7:50pm

Selepas Lebih Sedekad Bergerak Solo… Asfan Shah Kini Bersama Asfan & Manusia, Lancar Single ‘Dusta’

Selepas lebih sedekad bergerak sebagai penyanyi solo, Asfan Shah kini tampil dengan langkah baharu menerusi penubuhan kumpulan Asfan & Manusia yang mula diperkenalkan kepada peminat muzik tempatan sejak penghujung tahun lalu.

Kumpulan tersebut dianggotai lima pemuzik berpengalaman dengan gabungan nama yang tidak asing dalam industri muzik tempatan.

Selain Asfan selaku vokalis utama, kumpulan itu turut dibarisi Adam dan Arash daripada Treehill sebagai gitaris, Zack daripada New Boyz selaku pemain bass dan One daripada Sofazr sebagai pemain drum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Sebagai buah tangan sulung, mereka tampil dengan Dusta, sebuah karya yang menjadi salam perkenalan Asfan & Manusia

Menurut Asfan, penglibatan pemuzik berpengalaman dalam kumpulan itu memberikan kelebihan tersendiri, termasuk sokongan daripada peminat setiap anggota.

“Selepas lebih 10 tahun bergerak solo, saya rasa sudah tiba masa untuk mencuba sesuatu yang baharu. Bila bersama band, saya lebih bebas untuk bereksperimen dalam muzik berbanding projek solo yang ada kalanya tidak menjadi seperti dirancang,” kata Asfan.

@xtra_my Muncul dengan karya baharu, Asfan Shah kini muncul dengan band! Dikenali sebagai Asfan Shah & Manusia, mereka memperkenalkan naskhah berjudul Dusta. Layanzzzzzz! #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Asfan ditemui di majlis pelancaran lagu Dusta serta pembukaan cawangan baharu kedai kopi miliknya, Juz Coffee di Puncak Jalil, Sri Kembangan, baru-baru ini.

Bercerita mengenai konsep muzik, Asfan membawakan sesuatu yang berbeza dalam Asfan & Manusia.

“Konsep muzik kami juga lebih kepada pop elektronik dan agak berbeza dengan lagu balada perlahan yang sering saya bawakan sebelum ini.

“Bila bergerak sebagai satu kumpulan, impaknya terasa lebih kuat. Masing-masing ada pengalaman sendiri dalam industri dan ia memudahkan proses menghasilkan karya bersama,” katanya.

Jelas Asfan, single sulung berjudul Dusta mengangkat kisah pengkhianatan dan kekecewaan dalam hubungan percintaan.

Melalui lirik yang menyentuh emosi seperti “Kata maaf yang kau ucapkan, hadir luka tangisan” dan “Kau langgar janji janji, sungguhnya kau dusta”, lagu tersebut menggambarkan rasa kecewa apabila kepercayaan yang diberikan disalahgunakan oleh insan tersayang.

Single Dusta kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama, manakala muzik video rasmi lagu tersebut bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Rusa Music dalam masa terdekat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Muna Shahirah Berdangdut Dengan Lagu Datanglah Sayang

Muna Shahirah cabar diri bawa genre dangdut

Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Penyanyi Dangdut Popular, Zaleha Hamid Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan buat seluruh seisinya.

Trending Thu, 19 Aug 2021
Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Nafi Campur Tangan Orang Ketiga, Zahid Mengaku Kembali Solo

Zahid dan bekas isteri, Sarah sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Hiburan Mon, 4 Nov 2019

Pemalu Punca Riena Kurang Popular?

Doakan yang terbaik untuk jenama Mariposa!

FESYEN Mon, 22 Jul 2019

Lebih Hebat…Selepas Kejayaan Naelofar, LofaBrand Pula Menyusul!

Neelofa memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium di bawah jenama LofaBrand.

Trending Mon, 27 Jul 2020

13 Kes Baharu Covid-19 Dan 1 Kematian Dicatatkan

Pertambahan kes semakin membimbangkan gais!

Replicated Draft Fri, 8 Mar 2024

Sambil Shopping Raya Pun Boleh Jana Pendapatan Sampingan Dengan GM Klang. Bestnya!

Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?. Buat korang yang dah mula tercari-cari tempat untuk […]

Trending Wed, 15 Nov 2017

THESE 5 OMG FACTS ABOUT OIL RIGS WILL BLOW YOUR MIND AWAY

Seeing as Malaysia is a country known for oil and gas, it is important that we learn more this industry even if we’re not directly involved with it.

error: Content is protected !!