Featured By: Arfah December 13, 2021 @ 11:33am

Lagu Cinta Kita 3: Tiada Penyingkaran, Ada Kena Prank Tukar Pasangan… Couple Mana Yang Diserap Masuk? Jom Recap Episod 6!

Episod keenam Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta 90-an berlangsung pada malam tadi.

Episod itu telah menyaksikan persaingan antara empat pasangan iaitu Syafeek & Zazo, Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena serta Pasya & Puteri.

Mengimbau era 90-an, para peserta LCK3 menghangatkan pentas menerusi persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu Black or White.

Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap manakala Shiha Zikir hadir sebagai juri jemputan.

Malah, apa yang istimewanya pada minggu keenam ini, juri tetap akan menentukan pasangan yang bakal merangkul gelaran baru iaitu pasangan terbaik NIVEA yang diumumkan pada akhir rancangan.

Episod malam tadi membawakan gandingan mantap daripada persembahan jemputan iaitu Amelina dan Waris yang membawakan lagu remix Asyik dan Oh La La.

Jom recap persembahan peserta LCK3 di minggu keenam:

Syafeek & Zazo

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pentas LCK3 membuka tirai dengan persembahan daripada pasangan ini menerusi lagu Kau Kekasihku.

Persembahan mereka kali ini tidak berjaya memuaskan hati juri kerana kurang keserasian yang ditonjolkan.

Mas Idayu : Dalam lagu ini, kreativiti yang anda buat sebenarnya menarik, tapi untuk keserasian dalam lagu ini, Mummy tidak dapat itu. Lagu yang anda bawa sebelum ini lebih sedap daripada lagu ini. Kreativiti yang anda buat dalam lagu ini memang Mummy suka. Syafeek malam ini Mummy tidak berapa suka dengan suara awak. Zazo okay. Mummy rasa keserasian untuk lagu ini lebih kepada berjaga-jaga daripada merasakan perasaan masing-masing.

Shiha Zikir: Shiha sebenarnya salah seorang penonton yang selalu tengok anda dan saya suka keserasian anda. Tapi untuk persembahan tadi, Shiha sangat setuju dengan Mummy. Shiha tidak puas tengok anda nyanyi tadi. Maksud Shiha tiada kepuasan, Shiha tengok tajuk lagu Kau Kekasihku, wah beraninya lagu ini, memang susah. Kalau boleh buat lagi yang terbaik.

Hariz & Wanie

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan ini memukau penonton dengan lenggok dangdut mereka menerusi lagu Yang Tersayang. Namun, terdapat sedikit kekurangan daripada Hariz yang kurang menyerlah dalam mebawakan lagu rancak.

Ajai: Saya pergi kepada Hariz dulu. Pada saya kamu memang ‘king’ dalam ballad tapi kekuatan kamu dalam lagu rancak itu kurang sedikit. Sebab cara kamu nyanyikan patah-patah lagu itu, tidak nampak kerancakkannya. Kekuatan kamu yang cuma ada di dalam lagu ini, adalah perasaan. Wani pada saya tiada masalah, kamu boleh adapt di dalam situasi lagu rancak. Jadi Hariz, kamu kena selami bukan perasaan dia tapi cara nyanyian.

Mas Idayu: Kalau diikutkan apa kata Ajai, Mummy setuju. Memang susah untuk Hariz nyanyi lagu ini sebab ini bukan kebolehannya. Tetapi, dia mencuba dengan baik walaupun kedua-duanya memang ada pitching disana sini. Hariz awal-awal masuk tadi memang ketara kedengaran sumbangnya. Bukan Hariz tidak boleh bawa lagu rancak mungkin maksud Ajai tadi lagu rancak yang berentak dangdut. Kalau lagu rancak biasa, Hariz boleh.

Malhamka & Yuveena

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan ini menyelami perasaan mereka menerusi lagu cinta balada yang dibawakan bertajuk Tegar. Tetapi keserasian mereka melalui lagu ini tidak dapat diselami kerana kurang pandangan mata di antara mereka ketika menyanyi.

Ajai: Satu sahaja yang saya nak cakap. Apabila kamu faham lirik, ya kamu memang faham lirik. Tetapi eye contact kamu apabila kamu menyanyikan lagu itu, adakah kamu mempersembahkan kepada pasangan kamu sebab kamu asyik pejam mata sahaja. Cuba kamu nyanyi bertentangan mata, baru perasaan itu ada.

Shiha Zikir: Pada pendapat peribadi Shiha, ini antara persembahan paling baik dibantu dengan pemuzik belakang sana yang memberikan sesuatu untuk lagu ini. Kita tahu kalau nyanyi lagu berdua, dua-dua kena saling melengkapi. Saya rasa tadi bahagian Yuveena ada yang terendah tapi dibantu oleh Malhamka. begitu juga dengan Malhamka tadi. Saya rasa memang saling melengkapi.

Pasya & Puteri

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan ini sekali lagi berjaya menambat hati juri dengan persembahan nyanyian lagu yang mereka bawakan bertajuk Kembali Merindu. Kesemua juri amat menyukai persembahan mereka melalui ekspresi wajah mereka yang tersenyum lebar.

Mas Idayu: Lagu ini, kamu berdua bawa dengan enjoy, santai tiada fikir apa. Persembahan yang macam awak dah tahu dah orang tengah tunggu untuk tengok persembahan awak berdua. Perancangan pembahagian juga sangat sesuai, Mummy sangat suka. Tiada apa yang Mummy nak komen. I love you so much.

Ajai: Satu sahaja. Rasa.

Dengan mempunyai jumlah markah yang tertinggi, pasangan Pasya dan Puteri turut berjaya merangkul gelaran pasangan terbaik NIVEA.

Episod keenam juga menyaksikan pasangan ‘Wild Card’ yang berjaya diserap masuk pada minggu hadapan iaitu pasangan Achik & Maria.

Pasangan Malhamka & Yuveena menghadapi situasi yang mendebarkan apabila mereka berada di tangga bawah tetapi terselamat kerana tiada penyingkiran berlaku pada malam tadi.

Jangan lupa untuk teruskan menonton dalam Lagu Cinta Kita 3 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia juga boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.

Tonton Episod 6 di YouTube TV3MALAYSIA Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020 Akan Dibentangkan Hari Ini

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Featured Wed, 1 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun Raih Perak, Ubati Kekecewaan Rakyat Malaysia

Setelah rayuan keputusan Paralimpik Ziyad Zolkefli tidak berpihak kepadanya, rakan seperjuangannya, Chew Wei Lun hari ini mengubati kekecewaan rakyat Malaysia apabila berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake […]

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Tom Holland Saved Spider-Man With a Phone Call

We don’t have any other choice but to stan!

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Beri Bayangan Mahu Bersara…Sheila Rusly Minta Petunjuk

Harap-harap Sheila dapat pertimbangkan kembali…

Hiburan Thu, 18 Aug 2022
Featured Thu, 18 Jan 2018

Intai Diet Selebriti

Pernah terfikir bagaimana cara golongan selebriti mengekalkan bentuk badan menarik? Jom semak fakta berikut. Fazura – Amal Minum Teh Hijau Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain  menjaga pemakanan dengan mengambil makanan […]

Featured Fri, 19 Jan 2024

Siti Nurhaliza Sambut Baik Hasrat Mahalini Mahu Berkolaborasi – “Pulang Dari Umrah Dapat Khabar Indah”

Wah, tak sabar nak dengar lagu hasil kolaborasi Tokti dan Mahalini. Pasti 🔥🔥🔥

Trending Fri, 5 Jun 2020