Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 13, 2021 @ 3:35pm

“Rosyam Nor Pernah Cakap… Kalau Tak Dapat, Dia Nak ‘Ketuk’ Saya” – Zul Ariffin

Pelakon popular, Zul Ariffin masih teringat gurauan pelakon berbakat, Datuk Rosyam Nor ketika dia menerima trofi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) pada tahun 2014.

Menurut Zul yang baru sahaja meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik FFM 31 baru-baru ini menerusi lakonannya dalam filem Sangkar, dia bersyukur kerana impiannya menjadi kenyataan.

“Ketika saya menerima trofi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada 2014, saya berjumpa dengan Rosyam di belakang pentas. Sambil bergurau, dia pernah cakap kepada saya, kalau saya tak dapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, dia nak ketuk saya dengan trofi ini.

“Alhamdulillah, kini apa yang saya idamkan menjadi kenyataan menerusi filem Sangkar. 13 tahun berusaha dalam bidang seni, trofi ini menjadi satu kenangan yang cukup manis dalam perjalanan karier saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Roh Diangkat Sebagai Filem Terbaik, Sangkar Raih 5 Trofi – Ini Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia 31

Filem Sangkar terbitan Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan MM2 Entertainment itu turut menggondol empat trofi lain iaitu Tatarias Terbaik (Ella Sandera), Penataan Seni Terbaik (Nazrul Asraff Mahzan), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Remy Ishak) dan Pengarah Terbaik (Kabir Bhatia).

“Siapa yang tak pernah pasang impian nak memegang trofi Pelakon Terbaik? Bila ia jadi kenyataan, saya hilang kata-kata. Saya teruja dan sangat bersyukur. Kemenangan ini lebih manis apabila Kabir, Remy, team penataan seni dan solekan juga mendapat pengiktirafan.

“Nak meletakkan nama di kedudukan Top 5 pun sudah membuatkan saya gembira, apatah lagi bila mendapat rezeki meraih trofi ini. Anugerah ini sangat berprestij dan segala usaha saya selama ini berbaloi,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Wohoooo! Tiket Konsert BLACKPINK Sudah Mula Dijual

Berita baik bagi pengguna Mcalls muzik, anda bakal menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket dan pembelian boleh dibuat bermula 30 November.

Featured Wed, 9 Nov 2022
Events Mon, 4 Feb 2019

Artis Lipsync 12 Lagu Finalis AJL33 Di Karpet Merah, Janna Nick Paling Win!

Bravo team dan barisan artis yang cukup sporting untuk lipsync di Karpet Merah AJL33 semalam

Featured Tue, 7 May 2024
Trending Wed, 23 Oct 2019
Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

error: Content is protected !!