Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella December 23, 2021 @ 11:06am

Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Lemah Selepas Terkandas Dalam Banjir Selama 2 Hingga 3 Hari

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemah dan mengalami gejala muntah dipercayai akibat kekurangan air di kawasan banjir di Sri Muda, Shah Alam pada Rabu.

Menurut pakar perubatan kecemasan Hospital Klang, Dr Mohd Akmal Rahim, kanak-kanak berkenaan ditemui berada bersama keluarganya di dalam sebuah rumah di kawasan yang dinaiki air.

“Kanak-kanak ini telah terkandas di kawasan banjir selama dua hingga tiga hari dan telah muntah berkali-kali.

“Air dalam badan sangat rendah sehingga ia beri kesan kepada tekanan darah,” katanya yang bertugas di kawasan itu.

Terdahulu, pasukan perubatan terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis untuk membawa keluar kanak-kanak itu yang masih berada di rumah.

Ketika ditemui di rumahnya, mangsa dikatakan dalam keadaan kurang bertindak balas ketika pemeriksaan dilakukan.

Tambah Dr Mohd Akmal, kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

 

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Hamil Kali Ketiga, Tahniah Azrinaz Mazhar Hakim!

Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.

Featured Sat, 28 Jun 2025

Malam Penuh Magis, Stacy Gegar SICC Dalam Konsert Solo Pertama di Sabah.. Tampil Dengan 10 Busana Berbeza

Lebih 3,000 peminat membanjiri dewan untuk konsert Aku Stacy di KK.

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

MIRA FILZAH TUKAR ANGIN?

Mira berkata dia sudah bersedia menerima segala kritikan dan kecaman netizen sepanjang dia mengendalikan program tersebut

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Trending Fri, 13 Mar 2026

Ramai Sebak Tonton Iklan Raya Takaful IKHLAS Ini, Dialog “Ada… Tapi Macam Tu Lah” Betul-Betul Kena Hati

Setiap kali Raya, kita selalunya sibuk fikir nak pakai baju warna apa, nak ambil gambar keluarga macam mana dan nak masak menu apa untuk tetamu yang datang beraya. Namun di sebalik semua kemeriahan itu, pernah […]

error: Content is protected !!