Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 4, 2022 @ 1:47pm

“Hentak Kereta & Tunjuk Isyarat ‘Jari Tengah’, Aksi Kanak-Kanak Ini Buat Netizen Bengang

Tular beberapa video menyaksikan beberapa orang kanak-kanak peminta sedekah bertindak agresif apabila memaksa pemandu jalan raya memberikan wang kepada mereka.

Malah, tindakan kanak-kanak ini mengundang rasa kurang senang pengguna jalan raya apabila golongan ini mengambil tindakan menghentak kereta dan memberikan isyarat lucah demi mendapatkan wang.

Video yang dimuat naik sejak 2 Januari lalu itu ternyata masih menjadi topik perbualan hangat rakyat Malaysia terutamanya di laman Twitter.

 

“Aiiii… Melampau betul budak-budak ni!”

 

Apa yang lebih menakutkan, kanak-kanak tersebut juga dilihat ‘bijak’ memilih mangsa dengan melihat jenis kereta yang dipandu.

Selain itu, video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna jalan raya menerusi aplikasi TikTok yang dikenali sebagai @afnanasyrafs ini juga telah ditonton sebanyak 1.8 juta dengan lebih 163,000 tanda suka sejak ia dimuat pada Isnin.

Difahamkan, kanak-kanak yang warga asing yang dipercayai berbangsa Rohingnya ini sering ‘beroperasi’ sekitar KLCC, Jalan Ampang Ulu dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Oleh itu, para pengguna jalan raya di sekitar kawasan ini dinasihatkan agar mengambil inisiatif mengunci kenderaan mereka bagi tujuan keselamatan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Mar 2026

BCL Ambil Waktu Titip Ucapan Terakhir Buat Vidi Aldiano – “Saya Bersyukur Pernah Punya Kamu Dalam Hidup”

Selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari akhirnya meluahkan perasaannya selepas kehilangan rakan karibnya yang juga penyanyi, Vidi Aldiano pada Sabtu.

Featured Wed, 19 Mar 2025

“Bukan Niat Saya Untuk Hina Budaya & Agama” – Potong Babak Berkemban, Mimi Fly Lancar Semula MV ‘Serumpun’

Mimi Fly mengaku khilaf dan sedia menerima teguran apabila muzik video terbaharunya berjudul ‘Serumpun’ yang dilancarkan sebelum ini disalah erti.

Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Trending Fri, 20 Apr 2018

Shila Amzah Sah Bergelar Isteri. Hati Peminat Lelaki Patah Seribu Tak?

Shila Amzah sah bergelar isteri Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz.

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Pergh…Tiket AJL 33 Licin Dalam Masa Sejam?

Korang dah dapatkan ke belum? Kalau belum, cepat- cepat beli di www.myticket.asia tau!

Featured Sat, 14 May 2022
error: Content is protected !!